in

Kisah Tragis Pesawat Aeroloft 593 Yang Terhempas Lepas Pilot Bagi Anak Melawat Kokpit

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 23 Mac 1994, Pesawat Aeroloft 593 iaitu sebuah kapal terbang penumpang yang dalam perjalanan dari Moscow ke Hong Kong telah berakhir dengan tragedi apabila ia telah terhempas ke sebuah kawasan gunung pedalaman di Siberia sekaligus membunuh kesemua 75 penumpang.

Tragedi ini bukan sahaja diingati kerana mengenangkan orang-orang yang terkorban, tapi juga kerana mengetahui punca sebenar yang berlaku sehingga menyebabkan pesawat terhempas. Kalau korang nak tahu apa yang berlaku, baca dekat bawah ni.


Pesawat Aeroloft 593

Aeroloft

Pesawat Aeroloft 593 ini dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Aeroloft yang menggunakan pesawat jenis Airbus A310. Manakala penerbangan yang dibuat pula merupakan sebahagian daripada operasi antarabangsa syarikat itu di mana perjalanan dari Moscow ke Hong Kong ini perlu merentasi laluan hutan belantara yang luas di Siberia.

Pesawat Aeroloft 593 ini merupakan pesawat agak baru serta dilengkapi dengan teknologi terkini sekaligus menjadikan ia salah satu pesawat yang lebih selamat yang dimiliki oleh Aeroloft pada ketika itu.

Malangnya, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh manusia sehingga ia menjadi salah satu tragedi pesawat terhempas yang paling diingati.

Artikel berkaitan: Juruterbang Tak Sengaja Aktifkan ‘Lift Dump Spoiler’ Punca Utama Tragedi Elmina

Artikel berkaitan: Keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari Ingin Ambil Tindakan Susulan Nahas Pesawat Di Elmina

Kesilapan benarkan keluarga ke dalam kokpit membawa maut

0Qxoc Tzc678N6Uve

Kesilapan paling besar yang dilakukan sehingga menyebabkan kapal terbang ini terhempas adalah kerana berlakunya pelanggaran prosedur pengendalian.

Pesawat ini telah membawa seramai 12 kru kapal dan 63 penumpang termasuk dua orang anak juruterbang Yaroslav Kudrinsky, Eldar yang berusia 15 tahun dan Yana, 12 tahun.

Ketika dalam perjalanan ke Hong Kong, juruterbang paling berpengalaman, Kapten Andrey Danilov telah meninggalkan kokpit untuk berehat sekaligus meninggalkan Yaroslav dan pegawai pertama Igor Piskaryov bertanggungjawab untuk menerbangkan pesawat tersebut.

Kapal terbang ini berada dalam mod autopilot apabila Yaroslav telah membuka pintu kokpit untuk membenarkan dua anaknya masuk ke dalam bagi memberikan pengalaman yang paling tak boleh dilupakan untuk mereka.

Yaroslav kemudiannya telah menyuruh dua anaknya untuk duduk di kerusi kapten bagi merasai sendiri pengalaman menjadi seorang juruterbang serta memegang alat kawalan untuk rasa seperti mereka sendiri yang terbangkan pesawat tersebut.

Yana telah duduk di kerusi kapten tanpa apa-apa masalah, malah bapanya juga turut melaraskan mod autopilot untuk buat dia rasa seperti dia sendiri telah membawa pesawat tersebut sebelum tiba giliran anak lelakinya, Eldar.

Sekali lagi, Yaroslav telah memanipulasi kawalan autopilot sedikit untuk memberikan pengalaman kepada Eldar. Tapi kerana teruja, Eldar telah menekan alat kawalan dengan kuat sehingga menutup mod autopilot secara terus.

Tindakan Eldar ini telah menyebabkan pesawat ini mengeluarkan signal amaran senyap tapi tak disedari oleh Yaroslav dan Igor. Bila ia terus membelok ke kanan dan dua juruterbang ini perasan tentang kesilapan yang telah berlaku dan cuba mengawalnya semula.

229017611 A1Da4A39 A3Df 40B8 8Bab F02Af1780045

Mereka telah berjaya menarik kawalan bagi mengelakkan pesawat ini dari terus menjunam namun tindakan ini telah dilakukan secara berlebihan sehingga pesawat ini telah terhenti seketika sebelum berpusing dan menjunam semula ke bawah.

Apabila mereka berjaya melaraskan semula sayap pesawat, mereka telah pun kehilangan altitud yang banyak dan kapal terbang ini terus menjunam laju dan terhempas ke satu kawasan pedalaman di gunung Kuznetsk Alatau di Siberia.

Impak dari hempasan tersebut telah menghancurkan pesawat tersebut dan membunuh kesemua 75 penumpang dan kru kapal serta merta.

Siasatan nahas Aeroloft 593

0R6Jggd7Cizm5Wi6P

Siasatan nahas ini yang telah dijalankan oleh Rusia dan pihak berkuasa industri penerbangan antarabangsa telah mendedahkan kronologi tragisnya. Sebab utama berlakunya nahas ini adalah disebabkan oleh kesilapan juruterbang ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kapten kapal di dalam kokpit serta penyahaktifan autopilot secara tidak sengaja.

Manakala rakaman kotak hitam kapal terbang tersebut mendedahkan saat-saat terakhir tragedi ini apabila Yaroslav telah menjerit menyuruh anaknya untuk melepaskan alat kawalan.

Pergi ke belakang Eldar, pergi ke belakang. Nampak tak bahaya yang berlaku? Pergi! Pergi!”

Di tengah-tengah kekecohan yang berlaku, Yaroslav kedengaran bergelut untuk mendapatkan semula kawalan kapal terbang namun terlambat.

Siasatan menemui tiada bukti berlakunya kegagalan teknikal dan tragedi ini berlaku disebabkan kanak-kanak dibenarkan untuk mengawal pesawat.

Kemalangan ini telah mengundang kritikan yang dahsyat terhadap Aeroloft serta profesionalisme juruterbang mereka. Ia juga turut menunjukkan betapa pentingnya bagi kru-kru pesawat untuk mematuhi protokol keselamatan lebih-lebih lagi larangan masuk ke dalam kokpit ketika penerbangan sedang dijalankan.

Ekoran tragedi ini, Aeroloft telah membuat perubahan yang ketara kepada prosedur keselamatan mereka dan industri penerbangan juga telah memperketatkan disiplin di dalam kokpit.

Nahas Pesawat Aeroloft 593 ini telah menjadi salah satu insiden yang sangat menyedihkan dalam sejarah penerbangan, bukan sahaja kerana nyawa yang hilang tapi juga kerana nahas ini boleh dielakkan.

Sumber: NDTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.