Dek kerana kecurangan seorang bapa, nyawa anak yang tidak bersalah telah menjadi korbannya. Inilah yang berlaku kepada seorang anak gadis bernama Haura Aulia apabila dia katanya telah maut akibat perbuatan bapanya sendiri.
Menurut Tribunnews, pada hari Jumaat lepas sekitar jam 10.30 malam, Haura Aulia dilaporkan telah digilis oleh sebuah lori yang membawa muatan pelepah kelapa sawit di Meukek, Acheh. Lebih menyedihkan, lori tersebut sebenarnya telah dipandu oleh bapa kanak-kanak berumur 11 tahun tersebut.
Menerusi video rakaman CCTV, dapat dilihat lori yang dipandu bapa mangsa cuba dihentikan oleh mangsa dan ibunya di tengah jalan. Mangsa kemudian telah mengambil tindakan berani dengan bergantung di samping lori tersebut.
Malangnya, bapa mangsa tidak mahu memberhentikan lori yang dipandunya sehingga menyebabkan anak gadis itu terjatuh sebelum digilis bahagian tepi lori berkenaan. Allahu…
Berikut rakaman video tersebut:
https://www.facebook.com/100057714546409/videos/121566476443837/?t=40
Melihat Haura yang cedera parah kemalangan, orang mula mengerumuni tubuh mangsa dan kedengaran juga jeritan tangis ibunya yang berada di tempat kejadian. Kesiannya…
Bapa rupanya curang, anak dan ibu cuba halang lori bawa skandal bapa
Menurut laporan Indo Zone, bapa mangsa bernama Husaini dilaporkan curang, manakala Haura dan ibunya dipercayai mengesyaki ada orang lain di dalam lori tersebut yang merupakan kekasih gelap Husaini.
Enggan bertemu dengan isteri dan anaknya, Husaini yang terlihat dua beranak tersebut cuba menahan lori terbabit terus memecut laju kenderaan yang dipandunya tanpa berfikir panjang ia bakal meragut nyawa Haura.
Husaini yang kini sudah ditahan polis walau bagaimanapun beranggapan kematian Haura sudah ‘tertulis’ dan tidak mengaku dialah penyebab kepada kematian anak sulungnya itu. Haish boleh pulak macam tu?
Kalau dilanggar, bukan saya yang langgar tapi memang sudah ajalnya,” kata Husaini.
Walau bagaimanapun, Husaini pada masa yang sama mengakui dia sedang mengalami masalah rumah tangga, namun enggan menceritakan apa masalahnya kerana rasa ia kurang sesuai untuk dikongsikan.
Ya Allah… sampai hati ye buat dekat anak sendiri macam tu.
Baca: Tragis, Budak Lelaki Maut Terjun Kolam Untuk Selamatkan Kembar