in

Kisah Pony ‘Pelacur’ Orang Utan: Ditangkap & Didera. Penjaga Terima RM8 Untuk Setiap Sesi Hubungan Seks

pony kecilku

Suatu ketika dahulu, kisah orang utan ini mengejutkan ramai orang. Penderitaan dilalui haiwan malang bertahun lamanya sebelum berjaya diselamatkan daripada individu yang menculik dan menderanya secara fizikal dan seksual. Jom baca kisah orang utan malang bernama Pony ini.

 

Ditangkap ketika masih bayi

Ketika usianya masih bayi, Pony telah diculik dan dipisahkan daripada ibunya. Penculik tu kemudian menyimpan Pony di sebuah rumah pelacuran miliknya terletak dekat kampung Kareng Pangi, Kalimantan Tengah.

 

Diikat pada dinding, didera dan disimpan di rumah pelacuran

Pony didera dan dieksploitasi oleh pemilik rumah pelacuran tu.. Bagi menyimpan dan mengelakkan haiwan tu melarikan diri, mereka ikat Pony pada dinding! Kejamnyaaaaa…

 

Dicukur bulu, dipaksa pakai mekap dan aksesori

Dipisahkan dari ibu, diikat pada dinding dan didera bukanlah hanya penderitaan yang dilalui Pony. Menurut New Idea, pemilik rumah pelacuran tu akan cukur bulu di keseluruhan badan Pony setiap 2 hari dan dipakaikan mekap.

Disebabkan mahu menarik perhatian ‘pelanggan’, Pony juga dipakaikan anting-anting serta minyak wangi. Disebabkan tiada bulu, badan Pony digigit nyamuk serta dipenuhi dengan luka akibat didera.

 

Dipaksa layan nafsu pekerja ladang kelapa sawit

Tidak sekadar didera oleh si penculik, Pony disimpan di sebuah bilik dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan pelanggan rumah pelacuran tersebut.

Pekerja di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan akan kunjungi tempat itu dan membayar pemilik rumah pelacuran tersebut sebanyak $2 (Lebih kurang RM8) untuk melampiaskan nafsu mereka.

 

Diajar untuk buat oral seks

Bukan setakat kena layan nafsu lelaki durjana yang bersaiz dua kali ganda daripadanya, Pony juga diajar dan dipaksa untuk menggoda dengan membuat seks oral kepada ‘pelanggannya’.

 

Penculik bermati-matian taknak lepaskan Pony

Pemilik rumah pelacuran itu enggan melepaskan Pony kerana menurutnya, haiwan itu juga memberinya pendapatan kerana akan ada yang datang untuk melakukan hubungan seks dengan Pony.

Menurut Lone Droscher-Nielson, salah seorang ahli pasukan sukarelawan memberitahu yang ketika mereka cuba dapatkan Pony, pemilik rumah pelacuran tu mengugut mereka.

“Dia (Pony) digunakan sebagai hamba seks. Pemilik rumah pelacuran tu enggan melepaskan Pony dan sewaktu kami cuba menyelamatkannya, dia ugut kami guna parang.”

 

Akhirnya diselamatkan, Pony dalam keadaan yang teruk

Pada Februari 2003, ketika usianya kira-kira 6 tahun, Pony berjaya diselamatkan oleh sukarelawan. Dia dijumpai dalam sebuah bilik gelap dalam keadaan diikat pada dinding dan dipakaikan mekap serta badan dipenuhi kesan gigitan nyamuk.

Borneo Orangutan Survival Foundation UK memaklumkan yang pihak mereka terpaksa bawa sehingga 35 pegawai polis bersenjatakan AK-47 untuk mendapatkan Pony dek kerana penculiknya enggan bekerjasama dan melepaskannya.

“Tiada siapa tahu berapa lama Pony ditahan di sana. Pemilik rumah pelacuran tu berkeras untuk tidak mahu melepaskan Pony. Padanya, Pony adalah mesin wang tunai dan membawa tuah.”

 

Dilepaskan di hutan

Dalam satu suasana yang menyentuh hati, Pony akhirnya dilepaskan semula dekat kawasan hutan terjaga di Pulau Kaja pada tahun 2013. Ketika itu, berat Pony 60 kilogram. Selepas 15 tahun dibawah jagaan dan rawatan, orang utan bernama Pony ini akhirnya sihat dan bebas dari trauma.

“Pony kini berusia 21 tahun dan dalam keadaan yang sihat. Dia mempunyai selera makan yang banyak dan memberi tindak balas kepada alatan untuk mempertingkatkan kemahirannya yang disediakan oleh pasukan kami,” beritahu Borneo Orangutan Survival Foundation.

Weh kalau kisah ni difilemkan mesti best. Confirm sedih gilaaaa….

Baca: [VIDEO] “Jangan hukum haiwan!” – Kera Dibunuh, Gantung Untuk Jaga Kebun

page 1 2