in

Kisah Pembunuhan Arne Johnson Yang Menjadi Inspirasi Filem ‘The Conjuring: The Devil Made Me Do It’

Collage 6

Seperti filem-filem Conjuring lain, The Conjuring: The Devil Made Me Do It juga telah diinspirasikan dari kes pembunuhan sebenar yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat pada zaman 80-an dulu.

Pada 16 Februari 1981, seorang remaja lelaki, Arne Cheyenne Johnson telah menikam tuan rumahnya, Alan Bono sehingga mati menggunakan pisau lipat dan kemudian mendakwa bahawa dia bertindak sedemikian kerana disuruh oleh syaitan.

Disebabkan ini, mahkamah Amerika telah mencatatkan sejarah apabila peguam Arte cuba menggunakan rasukan syaitan sebagai sebab pembelaan untuk kes pembunuhan Alan Bono dan dibantu oleh dua penyiasat paranormal terkenal, Ed dan Lorraine Warren.

Artikel berkaitan: The Conjuring: Kisah Benar The Perron Family & Rumah Berhantu Enfield Ni Rupanya Lagi Seram Dari Movie!

Artikel berkaitan: “Macam teaser Conjuring” – [VIDEO] Netizen Meremang Tengok Wanita Pakai Veil Hitam Depan ‘Rumah Tinggal’

Arne Johnson sebelum pembunuhan 

The Devil On Trial 7D5707C

Jenayah yang dilakukan oleh Arne pada Februari 1981 itu merupakan pembunuhan pertama yang pernah direkodkan dalam sejarah selama 193 tahun Brookfield wujud. Sebelum pembunuhan tersebut, Arne hanyalah seorang remaja biasa tanpa apa-apa rekod jenayah.

Namun begitu, beberapa perkara pelik yang berakhir dengan pembunuhan ini didakwa telah berlaku  beberapa bulan sebelum itu. Arne mendakwa, penyeksaan yang dilaluinya itu berpunca dari adik lelaki tunangnya, Debbie Glatzel iaitu David yang berusia 11 tahun.

Pada musim panas 1980, David mendakwa yang dia telah beberapa kali terserempak dengan lelaki tua yang sering menakutkannya. Pada awalnya, Arne dan Debbie menganggap perkara tersebut merupakan alasan David untuk mengelat dari melakukan kerja rumah.

Tapi, gangguan tersebut dilihat terus berterusan dan menjadi lebih kerap dan ganas. Di waktu malam, David akan bangun menjerit dan menangis sambil mengatakan yang ada makhluk dengan mata hitam besar, muka kecil, gigi panjang, telinga seperti haiwan dan bertanduk telah mengganggunya.

Tak lama kemudian, keluarga ini telah memanggil seorang paderi untuk menyucikan rumah mereka namun gangguan tersebut masih berlaku. Ekoran ini, mereka telah memanggil penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren.

Ed And Lorraine Warren Ed98508

Arne Johnson telah tinggal bersama keluarga tersebut untuk membantu apa yang patut. Gangguan David pula makin teruk, dia telah meracau siang dan malam dan mula mengalami sawan dan bercakap dengan suara yang pelik-pelik.

Ed dan Lorraine yang melihat kejadian ini mengatakan bahawa perkara ini berlaku kerana David telah dirasuk syaitan. Namun begitu, pakar psikiatri yang menyiasat kes ini mendakwa bahawa David hanya mempunyai masalah pembelajaran.

Pasangan Warrens mendakwa yang sepanjang tiga upacara menghalau hantu dilakukan, David pernah tak jejakkan kaki ke tanah, mencarut dan berhenti bernafas. Malah, David juga turut meramalkan pembunuhan yang bakal dilakukan oleh Arne Johnson.

Kemudian pada Oktober 1980, Arne mula bertindak untuk menyelamatkan David dengan meminta syaitan tersebut untuk berhenti mengganggu kanak-kanak tersebut dan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat David.

Pembunuhan Alan Bono

Tumblr Bff49A428E808Dabf3B58818E456D426 623E7F3C 640

Arne telah bekerja dengan seorang pakar bedah pokok manakala Alan Bono pula merupakan pengurus tempat perlindungan anjing. Mereka merupakan rakan baik dan sering bertemu berhampiran tempat perlindungan tersebut sehingga kadang-kadang Arne menggunakan alasan sakit untuk ponteng kerja dan pergi ke sana.

Tapi, pada 16 Februari 1981, satu pertengkaran telah berlaku di antara Arne dan Alan dan pada jam 6.30 petang, Arne telah mengeluarkan pisau lipat dan menyerang Alan.

Alan telah ditikam beberapa kali di dada dan perut dan dibiarkan berdarah sehingga meninggal dunia. Satu jam kemudian, pihak polis telah menahan Arne dan mengatakan bahawa dua lelaki tersebut telah bergaduh kerana berebutkan Debbie.

Tapi, Ed dan Lorraine yakin yang ada cerita disebalik apa yang berlaku. Menurut mereka, Arne telah dipesan beberapa kali untuk tidak pergi ke sebuah perigi namun dia tetap pergi ke sana untuk melihat sama ada dia benar-benar telah dirasuk. Arne mengatakan yang dia telah melihat syaitan yang merasuknya itu bersembunyi di dalam perigi tersebut.

Walaupun pihak polis turut menyiasat dakwaan Ed dan Lorraine, mereka tetap dengan pendirian mereka bahawa Alan dibunuh ketika bertengkar dengan Arne.

Perbicaraan Arne Johnson

3 60Bf11Ff52E6F

Peguam Arne, Martin Minnella telah cuba sedaya upaya untuk merayu tak bersalah atas sebab dirasuk. Malah dia juga cuba untuk sepina paderi yang terlibat dalam upacara menghalau hantu dengan meminta mereka untuk melawan tradisi dengan bercakap mengenai upacara kontroversi tersebut.

Sepanjang perbicaraan, Martin, Ed dan Lorraine telah diejek oleh orang ramai yang melihat mereka sebagai individu yang cuba mengambil keuntungan atas sesebuah tragedi.

Hakim Robert Callahan kemudiannya telah menolak rayuan Martin dan mengatakan bahawa pembelaan seperti itu sukar untuk dibuktikan dan apa-apa testimoni yang dikeluarkan nanti tidak berdasarkan sains oleh itu tidak relevan.

Manakala paderi-paderi yang dikatakan terlibat dalam upacara tersebut telah diarahkan untuk tidak bercakap mengenai perkara ini.

Namun, peguam Arne dibenarkan untuk memeriksa baju Alan. Kekurangan darah dan koyakan pada baju tersebut dikatakan boleh membantu dakwaan bahawa terdapat unsur-unsur paranormal. Tapi, tak ada sorang pun di mahkamah tersebut percaya.

Akhirnya, pihak pembelaan telah menukar strategi dan melawan kes ini menggunakan alasan pembunuhan tersebut berlaku kerana cuba mempertahankan diri. Akhirnya, Arne disabit kesalahan membunuh tanpa niat pada 24 November 1981 dan dihukum penjara selama 10 ke 20 tahun.

Images 1

Ketika di dalam penjara, Arne telah berkahwin dengan tunangnya Debbie sebelum dia dibebaskan pada 1986, 5 tahun selepas dipenjarakan.

Arne dan Debbie telah bersama sehingga tahun 2021 apabila Debbie meninggal dunia kerana kanser. Wanita ini percaya bahawa pembunuhan tersebut berlaku kerana Arne telah dirasuk dan kesilapan terbesar lelaki tersebut adalah telah mencabar syaitan yang merasuk adik lelakinya.

Sumber: ati