in

Kisah Pekan ‘Hantu’ Yang Terpencil di Perak & Sejarah Sybil Kathigasu, Jururawat Pejuang Tanah Air Tapi Tak Ramai Kenal

papan sybil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini kisah sebuah pekan ‘hantu’ yang sudah usang, terpencil dan seolah-olah hampir terbiar. Bukan itu saja, di pekan itu juga terdapat sejarah tentang seorang pejuang berani yang berkorban tanpa melibatkan senjata ketika Perang Dunia Kedua.

Tidak ramai yang tahu tentang kewujudan pekan ini dan juga tidak ramai kenal dengan pejuang tanah air kita yang seorang ini iaitu Sybil Kathigasu. Bagi yang tahu tentang sejarah ini, wajar untuk dikatakan dia semakin dilupakan.


sybil8

 

Pekan Papan

Melalui Twitter, seorang lelaki berkongsi tentang sejarah pekan yang diberi nama Papan, Perak. Pekan Papan terletak di antara Ipoh dengan Batu Gajah dan antara tempat yang berdekatan dengan pekan ini adalah Menglembu, Pusing, Lahat serta Bukit Merah.

papan4

Jika dilihat melalui Google Maps, pekan ini dilihat seperti terbiar sepenuhnya dengan struktur bangunan seni bina dulu-dulu masih utuh berdiri. Semak samun dan pokok dilihat sudah tumbuh memenuhi bahagian dalam dan luar bangunan usang itu.

papan2

papan7

 

Masih ada penduduk

Bagaimanapun, sebenarnya pekan itu masih berpenghuni dan majoriti daripada mereka adalah bangsa Cina. Di situ juga terdapat sekolah jenis kebangsaan Cina serta antara tarikan menarik iaitu Istana Billah yang didiami Raja Billah pada tahun 1875 hingga 1911.

istana

istana1

Pekan ini sebenarnya berpotensi menjadi salah satu destinasi pelancongan kerana istana itu masih utuh dan tersergam namun malangnya difahamkan ramai yang pernah ke sana tetapi tidak dapat memasuki kawasan istana berkenaan. Bersebelahan dengan istana itu pula terdapat sebuah surau lama yang dibina menggunakan papan.

papan6

papan8

 

Siapa Sybil Kathigasu?

Sybil atau nama sebenarnya Sybil Medan Daly adalah seorang jururawat berbangsa Eurasia yang dilahirkan pada 3 September 1899 di Medan, Indonesia. Bapanya adalah seorang peladang berketurunan Irish-Serani/Eurasia dan ibunya pula seorang bidan berketurunan Perancis-Serani/Eurasia.

sybil9

Beliau membesar di Tanah Melayu dan telah mendapatkan latihan jururawat dan bidan di Singapura pada usia 21 tahun. Sybil berkahwin dengan Dr Abdon Clement Kathigasu, seorang doktor berketurunan India Malaysia pada 7 Januari 1919 di Gereja St. John, Bukit Nanas, KL. Pasangan itu mempunyai 3 orang anak iaitu:

  • Michael Kathigasu
  • Olga Kathigasu
  • Dawn Kathigasu

Abdon dan Sybil menguruskan sebuah klinik di Jalan Brewster (kini dinamakan Jalan Sultan Idris Shah) di Ipoh pada tahun 1926 hingga penjajahan Jepun ke atas Malaya.

sybil10

 

Sembunyi di pekan Papan

Ketika penjajahan berlaku sekitar tahun 1942, pasangan ini telah berpindah dan bersembunyi di pekan Papan di mana majoriti penduduk di situ berbangsa Cina yang merupakan pelombong serta peniaga.

Sybil juga fasih berbahasa Kantonis jadi ia memudahkannya berkomunikasi dengan pesakit. Tapi, siapa tahu kelebihannya bertutur dalam bahasa Cina membawa nasib malang.

papan0

 

Dendam terhadap orang Cina

Pada ketika itu, tentera Jepun dikatakan memburu penduduk Cina dan membunuh mereka kerana sejarah di China. Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) kemudian  menentang keras kemaraan tentera Jepun di tempat berikut:

  • Sungai Siput
  • Slim River
  • Tanjung Malim
  • Papan
  • Pusing
  • Gopeng serta beberapa lokasi lain

 

Buka klinik rahsia, beri bantuan perubatan

Pada masa itulah Sybil tampil merisikokan nyawa sendiri dengan memberi bantuan perubatan kepada mana-mana tentera MPAJA yang cedera. Sybil dan suami telah membuka satu klinik rahsia di ruang bawah tanah rumahnya beralamat 74 di Jalan Papan.

papan3

Menurut sebuah blog, sesiapa yang tercedera akan dibawa ke rumahnya pada waktu malam sahaja melalui jalan rahsia merentasi bukit di belakang rumah Sybil. Mereka kemudian akan ketuk pintu belakang rumahnya sebanyak tiga kali sebagai kod rahsia.

Sybil turut simpan radio secara haram tanpa pengetahuan pihak Jepun untuk dapatkan informasi dari luar daripada BBC dan akan sebarkan maklumat tersebut kepada kumpulan MPAJA.

 

Kegiatan terbongkar, ditangkap tentera Jepun

Malang buat pasangan ini, apabila tentera MPAJA ditangkap pada satu pertempuran, kegiatan mereka terbongkar. Disebabkan itu, mereka berdua telah ditangkap oleh tentera Jepun pada 1 Ogos 1943.

Sebenarnya tentera Jepun pada mulanya tidak mengesyaki Sybil kerana beliau bukan orang Cina dan mereka juga tidak tahu bahawa jururawat itu fasih berbahasa Kantonis.

 

Bermula episod ngeri penyiksaan

Sybil kemudian diletakkan di penjara Batu Gajah dan bermulalah episod penyiksaan secara fizikal dan mental. Kerana enggan menjawab soalan dan mengunci mulut, Sybil telah diseksa dengan pelbagai cara antaranya:

  • ditampar
  • dipukul dengan teruk menggunakan batang buluh
  • diseksa dengan cara ‘The Water Cure’ (salah satu cara penyiksaan tentera Jepun)

sybil5

  • kukunya dicabut satu per satu
  • jarinya pula ditusuk dengan jarum dari bawah jari hingga tertembus ke atas
  • tidak diberi makan dan minum
  • ditekap dengan besi panas
  • ditendang di rahang hingga patah

Setiap kali Sybil enggan menjawab soalan mereka, tentera Jepun akan memukulnya sehinggakan dia tidak mampu untuk berdiri lagi. Namun, Sybil tetap enggan mendedahkan nama-nama ahli gerila serta apa-apa maklumat kepada tentera Jepun.

 

Diugut bakar anak hidup-hidup, diseksa dua tahun hingga…

Mereka turut menghantar ‘banduan palsu’ untuk tinggal bersama Sybil dalam usaha mengorek rahsia daripadanya namun gagal. Bagaikan tidak cukup kejam, tentera Jepun turut menyeksa anak Sybil bernama Dawn.

sybil0

Dawn Kathigasu ketika itu berusia 5 tahun telah digantung di pokok yang dipenuhi dengan kerengga dan mereka turut mengugut Sybil untuk membakar anaknya itu hidup-hidup.

Sybil diseksa selama dua tahun dan semuanya berakhir apabila Jepun tewas serta menyerah kalah pada Ogos 1945. Selepas itu, Sybil dibebaskan dari penjara Batu Gajaholeh Kapten David dari tentera British dan dibawa ke Papan. Beliau kemudian diterbangkan ke Englang untuk dirawat.

 

Meninggal pada usia 49 tahun

Sybil menghembuskan nafas terakhir pada 4 Jun 1948 ketika usianya 49 tahun di Hospital Lanark, Scotland akibat kecederaan serta luka lama daripada penyeksaan dilaluinya. Selepas dibedah siasat, keputusan autopsi mendedahkan bahawa organ-organ dalaman Sybil mengalami kerosakan teruk dan jenazahnya telah dikebumi di tanah perkuburan Lanark.

Bagaimanapun, pada tahun 1949, jenazah Sybil dibawa pulang ke Ipoh untuk disemadikan di tanah perkuburan Roman Katolik bersebelahan dengan Gereja St. Michael di Brewster Road.

sybil7

 

Rumah peninggalan jadi muzium, Jalan Sybil Kathigasu, filem adaptasi

papan10

Difahamkan, rumah peninggalan Sybil dan suaminya kini dijaga dan dipelihara oleh Law Siak Hong di mana ia dijadikan muzium sehingga hari ini. Bangunan yang dahulunya sebuah klinik telah menjadi muzium dan mempunyai perabot lama, basikal lama, gambar keluarga Kathigasu, keratan akhbar serta peralatan perubatan.

sybil2

sybil3

sybil11

sybil12

sybil6

Kalau nak tahu, kisah keberanian Sybil pernah diadaptasi dalam sebuah drama arahan Bernard Chauly dan wataknya dilakonkan oleh Elaine Daly yang merupakan nenek saudaranya. Drama yang mempunyai 8 episod itu diberi tajuk ‘Apa Dosaku?’ dan ditayangkan melalui Astro Citra pada Mei 1010. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Zahiril Adzim, Beto Kusyairy dan Khatijah Tan.

drama1

drama2

Sumber: TP, Blog, Twitter, FMT

Baca: RENTAP: Pejuang Iban Paling Digeruni Penjajah Brooke

rentap warrior

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Twitter
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blg
Sumber: Twitter
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Forum
Sumber: Blog
Sumber: FMT
Sumber: FMT
Sumber: FMT
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.