in

Kisah Naghma: Pemilik Keldai Berumur 8 Tahun Kerja Angkut Kayu Demi Tampung Keluarga

naghma pemilik keldai muda di pakistan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarlah kata orang, kalau kita sangka hidup kita ini susah, sebenarnya ada lagi orang yang menghadapi kesusahan lebih dari kita.

Inilah yang dialami oleh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun bernama Naghma dari Karachi, Pakistan ini yang katanya sudah menjadi pengangkut kayu sejak dari usia muda.


naghma 1

Kisah mengenai Naghma ini mendapat perhatian ramai selepas sebuah NGO di Pakistan, ACF Animal Rescue yang menjalankan kerja-kerja kebajikan berkaitan rawatan haiwan yang telah didera dan sebagainya bertemu dengan kanak-kanak ini.

Baru umur 8 tahun tapi dah kerja angkut kayu untuk bantu keluarga  

Menerusi perkongsian ACF di Instagram, Naghma dikatakan sebagai pemilik keldai termuda yang mereka pernah temui dan kisahnya sangat mengejutkan ramai sukarelawan di sana.

Di usia kanak-kanak sibuk bermain dan menuntut ilmu di sekolah, Naghma telah menjadi tulang belakang keluarga dalam mencari sumber kewangan dengan mengangkut kayu dari beberapa tempat di Karachi.

Naghma hanya ditemani adiknya dan seekor anak keldai ketika bekerja. Allah… kuatnya semangat dia! 

naghma 2

Bapa hilang sejak umur 6 tahun, kumpul duit beli keldai

Menurut Naghma, semua ini berlaku selepas kehilangan bapanya ketika dia baru berusia 6 tahun.

Pada satu hari, bapa Naghma memberitahu yang dia ingin keluar untuk membeli rokok, namun lelaki itu menghilangkan diri dan tidak pulang-pulang. Ketika itu, ibunya tidak bekerja dan dia mempunyai adik yang masih lagi bayi.

Jadi apa yang dilakukan Naghma? Ketika dia baru berusia 6 tahun, Naghma telah mengumpul wang selama setahun demi membeli seekor anak keldai dan sebuah troli yang sudah patah.

https://www.instagram.com/p/Cg4lYH5IqWR/

Sejak dari itu, Naghma telah menyara keluarganya seorang diri dengan mengembara dari satu tempat ke satu tempat di Karachi.

Menurut ACF, bukan mudah untuk seorang kanak-kanak perempuan melakukan hal itu di Pakistan. Entah apa yang dia telah lalui kita pun tak tahu.

Bila ditanya sama ada dia takut atau tidak, Naghma hanya memberi pandangan kosong. Tambah sukarelawan lagi, ketakutan nampaknya bukanlah satu pilihan kerana dia perlu lakukan pekerjaan itu demi untuk ‘hidup’.

Tolak tawaran masuk sekolah, sukarelawan hadiahkan troli dan abah-abah baru 

Kasihan dengan nasib Naghma dan adiknya, sukarelawan telah menawarkan mereka untuk berhenti bekerja dan dihantar belajar ke sekolah. Mereka juga mahu memberikan wang bulanan kepada keluarga tersebut.

Namun Naghma menolak kerana mahu fokus untuk mencari wang. Dia juga tidak percaya ada orang mahu membantu keluarganya.

Tiada siapa pun yang akan tolong,” kata Naghma.

naghma 3

Pihak sukarelawan tahu yang mereka tidak boleh terus-terusan memaksa Naghma lalu mereka menghadiahkan abah-abah dan troli yang baru buatnya untuk bekerja.

Menurut sukarelawan juga, Naghma sangat pandai menjaga keldainya kerana ia tidak cedera dan keldai itu juga nampak sihat dan ceria.

https://www.instagram.com/p/Cg9jWu0oxNk/

Buat masa ini, pihak ACF katanya sedang mengumpul dana untuk membantu Naghma dan rakan-rakannya yang susah di kawasan itu. Bagi korang yang nak mengikuti kisah Naghma, boleh saja ke akaun Instagram ACF Animal Rescue.

Salute dengan kegigihan adik Naghma ni. Moga keluarganya dibantu dan dia dapat kesedaran untuk belajar di sekolah nanti. 

Baca: Bandit: Kisah Kucing Yang Berjaya Gagalkan Cubaan Perompak Untuk Merompak Rumah Tuannya

cat

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.