in

Kisah Dua Beradik Tak Reti Pakai Tudung dan Hyperaktif Ini Buat Guru Sebak Lepas Dapat Tahu….

Adik Beradik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua orang bernasib baik seperti kita. Memiliki kehidupan yang cukup serba-serbi. Ibu bapa boleh sediakan kelengkapan sekolah dengan baik dan ada yang beruntung kerana mampu gunakan beg serta bekas pensel jenama Smiggle. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana kehidupan anak-anak yang ibu bapanya berpendapatan kecil?

Menerusi perkongsian seorang cikgu bernama Mohd Fadli Salleh di Facebook, dia telah bercerita tentang kisah dua adik beradik yang mana si kakak sentiasa kelihatan comot dan tidak pandai memakai tudung. Manakala si adik pula terlalu hyperaktif sehingga memecahkan bangku kantin di sekolah.


Namun dek kerana kejadian tersebut, sebuah kisah menyedihkan telah terbongkar mengenai adik beradik yang comot ini. Nak tahu apa yang terjadi, bacalah kisah di bawah. 

Fadli 1
sumber: facebook

Inilah kerusi yang dipecahkan murid tersebut. Boleh tahan hyperaktif juga sampai kerusi besar macam ni boleh pecah.

26731349 1704556872899234 6821034222955236216 N
sumber: facebook

Bapa kerja buruh, tangannya kasar dan kotor tanda kerja berat

Fadli 2
sumber: facebook

“Cikgu. Boleh. Tapi tunggu saya dapat gaji ya.”

Fadli 3
sumber: facebook

Rupa-rupanya sudah berpisah dengan isteri sejak tiga tahun lalu…

Fadli 4
sumber: facebook

Baru tahu mengapa anak perempuan tak reti pakai tudung! 

Fadli 5
sumber: facebook

‘Bangku yang perlu diganti itu aku yang akan ganti. Bahkan apa keperluan anak-anaknya yang mampu aku bantu, aku cuba bantu.’

Fadli 6
sumber: facebook

Alahai mulia sungguh hati guru ini! Diharapkan anak-anak lelaki tersebut rajin belajar dan mendapat keperluan secukupnya untuk meneruskan pembelajaran di sekolah itu. Bersama entri ini, guru tersebut juga berkongsi gambar dua murid comotnya yang bakal dibantu semampu yang boleh.

26903847 1704556802899241 2383542406975689428 N
sumber: facebook
26731356 1704556842899237 2957455528712648215 N
sumber: facebook

Syukurlah masih ada guru yang sebaik ini dan selalu menjaga kebajikan murid yang memerlukan di sekolah. Kadang-kadang kita tidak tahu apa masalah seorang murid tersebut sehinggalah suatu kejadian berlaku yang membongkarkan sebab disebalik perkara berkenaan terjadi.

Diharapkan adalah lebih ramai guru seperti Mohd Fadli ini yang sudi membantu anak bangsa tanpa mengharapkan balasan wang ringgit. Syabas cikgu! 

Baca: Guru Ini Dipuji Ramai Selepas Jaga Murid Tahun 1 yang Terbuang Air Besar Dalam Seluar

Air Besar Terbuang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.