Hanya berbaki seminggu sahaja lagi sebelum umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Sekarang lah masanya kalau kita nak tingkatkan ibadat sebab dah masuk 10 malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadar kan.
Tempoh masa ini juga bermakna banyak iklan raya akan giat ditayangkan di kaca televisyen dan di media sosial termasuklah di Twitter dan YouTube.
Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda iklan raya yang menyentuh hati dari animasi terkenal tempatan iaitu BoBoiBoy.
Dalam iklan raya yang bertajuk #KembaliAidilfitri itu, BoBoiBoy dan rakan-rakannya iaitu Gopal, Yaya, Ying dan Fang bersama Ochobot telah menemani Tok Aba pulang ke rumah lamanya di Kota Hilir.
Sebab dah lama dah balik, air muka Tok Aba nampak agak sedih bila sampai di sana, mungkin kerana rindu pada ahli keluarganya yang dah tiada.
Min tak nak spoilkan iklan raya ni dekat korang yang masih belum tonton, jadi kalau nak tahu apa jadi lepas tu, tengok sendiri okay.
Video yang berdurasi selama lebih kurang sembilan minit itu kini sedang trending nombor 2 di YouTube dan telah meraih tontonan lebih sejuta kali di platform berkenaan.
Rata-rata netizen yang dah menonton iklan itu mengatakan ia berjaya membuatkan mereka sebak terutamanya yang dah pernah rasa sendiri betapa peritnya kehilangan orang tersayang.
https://www.facebook.com/100001722723145/posts/5107889019278472/?d=n
Iklan itu bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia namun penonton BoBoiBoy dari Indonesia juga turut merasakan yang sama.
Lagi menarik, gambaran Kota Hilir (Bandar Hilir, Melaka) dalam video itu juga sangat cantik dan membanggakan ramai netizen Malaysia.
Hashtag #KembaliAidilfitri juga trending di Twitter.
Pada penghujung iklan tu pula, ada macam sneak peak juga tau tentang filem terbaru karya Animonsta Studios iaitu Mechamato Movie yang akan menampilkan kemunculan ayah BoBoiBoy nanti.
Korang pun berair mata macam min jugak ke bila tengok iklan raya BoBoiBoy ni?
Baca: Setiap Tahun Mesti Ternanti-nanti Iklan Raya, Tapi Tak Boleh Lawan 9 Iklan Paling ‘Evergreen’ Ni