Berikutan dengan isu dakwaan penipuan pakej pelancongan yang dikendalikan pempengaruh Kim Seri, wanita ini mendakwa dirinya kini menjadi bahan kecaman netizen dan ramai yang mempertikaikan setiap kenyataan yang diberinya.
Bahkan, Kim Seri juga sebelum ini telah berjanji untuk melangsaikan hutangnya itu kepada mangsa-mangsanya.
Artikel berkaitan : Buat ‘Live’ Untuk Perjelas Isu Scam Pakej Percutian, Netizen Pelik Masih Ada Yang Beri ‘Gift’ Dekat Kim Seri
Artikel berkaitan : “Segalanya hanya pinjaman” – Restoran Ditukar Milik, Kim Seri Dakwa ‘Dibuang’ Secara Tiba-tiba?
Biarpun dirinya kini berada di Korea Selatan, dia sedar bahawa dirinya kini menjadi sasaran kecaman netizen.
Berikutan itu, Kim Seri nama sebenarnya Seri Azlina, 39, meluahkan di Instagram bahawa dia menerima segala cacian daripada warganet dengan hati terbuka.
“Saya terima sahaja setiap kejian dan makian anda semua. Apapun, fokus saya sekarang adalah membayar segala hutang dan refund menjelang 2025. Semoga saya dapat memulakan tahun 2025 dengan lebih baik setelah membayar segala hutang dan refund.”
Sebelum ini, Kim Seri ada membuat kenyataan terbuka menerusi satu sesi live dengan mengatakan bahawa dia berjanji untuk membayar kembali wang mangsa dalam masa 2 bulan dari sekarang.
Ketika sesi live itu berlangsung, ada di kalangan netizen yang memberikan gift untuk membantunya, namun ada juga yang mempersoalkan tindakan netizen memberikan hadiah tersebut dalam live di TikTok.
Apapun, kalau ada inisiatif untuk membayar semula, semoga urusan itu dipermudahkan.
Sumber : Instagram