Sejak semalam, dakwaan berkenaan bintang drama Queen of Tears, Kim Soo Hyun yang dikatakan pernah menjalin hubungan dengan mendiang Kim Sae Ron ketika pelakon wanita itu di bawah umur telah menjadi topik utama perbualan peminat k-drama di seluruh dunia.
Sungguhpun agensi pengurusan Soo Hyun, Gold Medalist telah menyangkal tuduhan berkenaan dan bakal mengambil tindakan undang-undang, muncul pula satu dakwaan baru.
Artikel berkaitan: Dituduh Pernah Bercinta Dengan Kim Sae Ron Masa Usia Bawah Umur, Agensi Kim Soo Hyun Mahu Failkan Saman
Tular mesej Kim Sae Ron merayu pada Kim Soo Hyun
Paparan mesej yang didakwa telah dihantar oleh mendiang Kim Sae Ron kepada Kim Soo Hyun bertarikh 19 Mac 2024 telah didedahkan, yang mana ia bercakap mengenai notis tuntutan pembayaran semula hutang bernilai RM2.1 juta.
Oppa, ini saya Sae Ron. Saya terima surat rasmi mengatakan saya telah disaman. Kamu kata yang kamu akan berikan saya banyak masa. Jadi saya telah bersedia untuk melakukan kemunculan semula dengan rancangan untuk membayar kamu sedikit demi sedikit dari setiap projek.
“Bukannya saya tak mahu bayar, tapi saya tak mampu nak keluarkan wang sebanyak 700 juta won (RM2.1 juta) sekaligus. Bukannya tak mahu bayar, tapi saya tak mampu. Adakah saya perlu pergi mahkamah? Tolong saya. Saya merayu…. berilah saya lebih banyak masa,” tulisnya.
Mesej itu juga didedahkan bersama sebuah foto yang memaparkan Kim Soo Hyun mencium pipi Kim Sae Ron.
Menurut Ga Se Yeon (channel Youtube yang terbabit dalam isu ini), gambar itu diambil ketika Kim Sae Ron berusia 16 tahun dan dia masih lagi bersekolah menengah.
Laporan juga mengatakan, mesej itu telah dihantar pada 19 Mac 2024, iaitu lima hari sebelum Kim Sae Ron memuat naik gambarnya bersama Kim Soo Hyun di laman sosialnya.
Sebaik gambar itu dimuat naik, agensi Kim Soo Hyun, Gold Medalist telah menafikan bahawa kedua-duanya menjalin hubungan cinta.
Fuh makin panas isu ini. Ramai juga yang dah mula kecam Kim Soo Hyun di media sosial.
Sumber: Allkpop