Sejak beberapa hari lepas, kecoh di Kuala Lumpur dan sekitar Selangor apabila bekalan air terputus akibat pencemaran sisa toksik di loji rawatan air utama. Hampir 1.2 juta pengguna terkesan dengan perkara ini.
Semalam tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @buzz_zizi berkongsi tentang pencemaran sisa toksik dalam aliran air berhampiran dengan tempat kerjanya. Dia berkongsi video tersebut pada sebuah tweet yang ditulis oleh YB Khairy Jamaluddin.
Korang tengok video kat bawah ni dan nilai sendiri.
Sebagai contoh YB, saya sakit hati dengan kilang chemical sebelah tempat kerja saya, setiap kali hujan diorang akan buang chemical dia ke saliran air luar kilang. Bila saya report ke DOE, saman banyak kali pun mereka just bayar dan buat lagi. They just don’t care about pollution https://t.co/vkWa7MagOh pic.twitter.com/4Hi7MsTCfX
— zizibuzz (@buzz_zizi) September 5, 2020
Kilang mana yang buat ni?
Rata-rata netizen marah dan tak puas hati dengan sikap tidak bertanggungjawab kilang tu yang sesuka hati membuang sisa bahan kimia ke dalam aliran air. Sepatutnya, sisa toksik seperti ini diuruskan dengan betul dan bukan dilepaskan begitu sahaja.
Kalau bagi kompaun tapi masih tak sedar diri tu sia-sia je. Untung kilang-kilang ni lagi besar dari kompaun yang dikeluarkan. Mungkin boleh bagi denda atau saman yang lebih tinggi atau tutup dan robohkan kilang yang mencemar alam ni.
Mungkin dah tiba masa pihak kerajaan mengetatkan lagi dan meminda Akta Pencemaran Alam Sekitar yang sedia ada. Kalau boleh tu ketat lagi bagi kilang yang tak bertanggungjawab ni terkesan dengan denda yang lebih tinggi.
Admin tengok dah macam air nila warnanya. Kalau selalu buat macam ni memang tercemar lah sumber air kita. Habis semua antara kita kena hadap kes air takde setiap tahun.
Mana-mana pihak yang dapat tahu ada pencemaran berdekatan tempat kerja atau nampak orang buang sisa toksik sesuka hati, harap dilaporkan kepada pihak yang berwajib untuk diambil tindakan yang selanjutnya.
Baca: “Sebab kilang ni 1.2 juta penduduk merana” – Empat Beradik Pemilik Kilang Kotorkan Sungai Ditahan