Baru-baru ini, usahawan pencuci mulut yang juga influencer terkenal, Kieda Crepe mendedahkan bahawa dia mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas telah dipecah masuk penjenayah pada April lalu.
Kieda atau nama penuhnya, Siti Nur Khalieda Yusra mendedahkan di TikTok bahawa insiden ini telah berlaku 40 hari lalu, namun penjenayahnya masih belum ditangkap sehingga kini.
Menerusi gambar yang dikongsikan di TikTok, Kieda memaparkan barang kemas yang disyaki hilang dalam kejadian pecah rumah tersebut dan menurutnya lagi, hanya biliknya sahaja yang dipecah masuk perompak.
Boleh tengok selanjutnya di sini.
Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, sehingga setakat ini tiada tangkapan dibuat dan tiada sebarang petunjuk didapati berikutan tujuh cap jari yang ditemui di lokasi kejadian tiada dalam pangkalan data polis.
Tambahnya lagi, jumlah kerugian juga masih belum disahkan kerana pihak polis belum menerima dokumen barang yang hilang. Kes ini menurutnya disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
Sementara itu, Kieda dalam satu lagi video mengatakan dia dan suami telah membuat pelbagai ikhtiar dalam mencari siapakah pelaku bagi kejadian pecah rumah tersebut.
@kiedacrepepenang 800ribu bukan nilai yang sikit . Semoga cepat-cepat dapat jawapan. 40 hari dah kieda sabar ✍? #kiedacrepe
Kami tak boleh buat apa, kami (hanya) boleh berdoa. Nak kata reda tu tak reda, tapi pasrah. Berharap benda tu ada lagi dan berlaku keajaiban dengan report yang kami buat ni.
“Terima kasih yang mendoakan,” katanya.
Artikel berkaitan: “Bukan suami Kieda” – Netizen Risau Suami Curang Lepas Dapat Harta, Kieda Crepe Beri Nasihat
Artikel berkaitan: Kieda Crepe Jual Baju Jenama Sendiri, Peminat K-Pop Dakwa Rekaan Mirip Logo NCT Dream?
Kieda jawab tuduhan netizen suka menunjuk punca rumah dirompak
Susulan isu tersebut viral di TikTok, ramai di kalangan netizen meminta Kieda untuk berhenti daripada menunjuk-nunjuk kekayaan yang diperolehinya di media sosial.
Ada juga yang mengatakan, sikap ‘show off’ tersebut boleh jadi punca mengapa rumahnya dipecah masuk tempoh hari.
Walau bagaimanapun, Kieda menerusi posting di TikTok mengatakan bahawa dia tidak mahu berburuk sangka dengan sesiapa dan cuma mengharap doa dari netizen agar perompak berkenaan segera ditangkap.
Saya masih ada iman, saya tak suka berburuk sangka dengan orang lain dan saya cuma mengharapkan doa kalian supaya perompak ni cepat ditangkap,” katanya.
Tambahnya lagi, orang boleh berkata macam-macam serta memfitnah dirinya mengenai hal ini, namun dialah yang perlu hadapi segala perkara tersebut.
@kiedacrepepenang
Kieda dengan dunia Kieda ja. Kita jumpa di Akhirat sana,” tulisnya lagi.
Apa-apapun sebaiknya kita doakan semoga Kieda kuat dengan dugaan ini dan semoga pelaku tersebut berjaya ditangkap polis.
Sumber: TikTok, Astro AWANI