in

Kieda Crepe Jual Baju Jenama Sendiri, Peminat K-Pop Dakwa Rekaan Mirip Logo NCT Dream?

kieda crepe baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan yang terkenal dengan jualan crepe, Kieda sekali lagi meraih perhatian ramai apabila dia kini tampil dengan perniagaan baju menggunakan jenama pencuci mulut miliknya iaitu ‘Kieda Crepe’.

Kieda baru-baru ini mempromosikan baju jersey dan hoodie dengan pelbagai warna dan rekaan. Difahamkan, jualan merchandise itu sudah dijual sejak tahun lepas dan boleh didapati menerusi laman TikTok.


Logo baju mirip logo NCT Dream?

Perniagaan baharunya itu telah meraih pelbagai reaksi netizen. Dalam pada ramai yang memuji dan memberi cadangan tambahan kepada Kieda, ada yang mendakwa salah satu baju yang dijual mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.

Artikel berkaitan: “Saya tiru cara KA” – ‘Sale’ Merosot, Kieda Crepe Tetap Beri Bonus Kepada Staf Guna ‘Saving’ Sendiri

Menerusi hantaran di platform X, seorang pengguna media sosial memuat naik tangkap layar baju Kieda Crepe dan membandingkannya dengan logo NCT Dream yang digunakan pada era Hello Future.

Screenshot 2024 05 03 120728

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pandangan mengenai rekaan baju terbabit. Ada juga yang menganggap rekaan tersebut tidak sama, sebaliknya hanya mirip pada warna sahaja.

Screenshot 2024 05 03 120858 Screenshot 2024 05 03 120910

Sementara itu, ada juga yang bertanya waktu bilakah yang sesuai untuk memakai baju terbabit atau jualan baju itu hanya untuk para pekerja di kedainya sahaja.

Mungkin Kieda ada peminatnya sendiri. Nanti ada lah yang pakai buat jalan-jalan…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.