Pada bulan April tahun ini, usahawan dan influencer, Kieda Crepe mendedahkan rumah beliau telah dirompak dalam satu kejadian pecah rumah di Kepala Batas, Pulau Pinang. Kerugian yang dialami Keida dianggarkan sekitar RM800,000 akibat daripada kejadian itu.
Terkini, Keida mendedahkan wajah penjenayah yang telah menyamun beliau di akaun media sosial. Pendedahan itu dibuat melalui hantaran story dan sempat ditangkap layar oleh pengguna akaun X @arfdy12 seperti dibawah.
Dalam hantaran itu, Keida juga mendakwa penjenayah yang melakukan perbuatan terkutuk itu adalah kumpulan yang sama yang telah merompak seorang usahawan dan pempengaruh lain, Kak KM.
Untuk rekod, empat suspek telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk rumah dan melarikan barang kemas bernilai RM800,000 beberapa hari yang lalu. Memetik laporan Kosmo!, suspek kini dalam tahanan pihak polis dan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang untuk perbicaraan.