Mulai tahun ini, individu yang membuang sampah kecil di tempat awam bakal dikenakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Artikel berkaitan: Buang Sampah Merata, ADUN Merlimau Cari Pelaku, Siap Korek Sampah Tengah Malam
Artikel berkaitan: 10 Bangkai Kucing Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang Jalankan Siasatan
Memetik laporan Sinar Harian, Nga berkata langkah itu bertujuan untuk mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kebersihan serta memastikan Malaysia kekal bersih dan indah menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, yang dijangka menarik 35 juta pelancong.
Undang-undang ini akan dikuatkuasakan tahun ini. Kita mahu pelancong mempunyai tanggapan yang baik terhadap negara, jadi jangan buang sampah sesuka hati!
Langkah ini melibatkan pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Sesi libat urus telah pun dijalankan, dan pindaan akta tersebut dijadual dibentangkan pada 6 Mac dalam Sidang Dewan Rakyat.
Dengan penguatkuasaan perintah ini, diharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil serius tentang kebersihan dan mengubah sikap membuang sampah sesuka hati.