in

Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Daripada PM New Zealand

Ft Ka Nz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dapat bersua dengan Perdana Menteri, New Zealand, pempengaruh Khairul Aming kini boleh dikatakan dah another level sebab dia maklumkan kepada umum yang dia telah menerima surat penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Khabar berita yang menggembirakan dirinya dan semua pengikutnya itu dimaklumkan menerusi profil X miliknya hari ini.


Artikel berkaitan : “Jangan biarkan sesiapa pecahkan perpaduan negara kita” – Ucapan Khairul Aming Sempena Hari Malaysia 2024 Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan : “Hampir setiap hari” – Khairul Aming Terkejut Terima Ratusan Resume Wanita Nak Jadi Calon Isteri

“Nak share dengan you guys yang kita baru sahaja terima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand di Wellington. Doakan agar kami dapat teruskan buat content yang harumkan nama Malaysia di mata dunia.”

Dalam surat tersebut, Luxon berterima kasih kepadanya kerana mengajar menyediakan masakan Malaysia dan menunjukkan tempat sarapan pagi ketika berada di Malaysia.

Dalam pada itu, Luxon turut memuji Khairul Aming dengan kisah perjalanan kejayaannya dari membuat video masakan sehingga memperoleh perniagaan sambal yang begitu laris sekali. Luxon juga berkata industri pelancongan di negara itu amat menghargai videonya ketika berada di New Zealand.

“Saya memang tak nafikan yang ia harus ada kerja keras yang banyak dan kemahiran untuk membina jenama sendiri. Terima kasih kerana mengambil masa untuk saya walaupun jadual dan waktu anda begitu padat untuk ajar saya cara membuat roti jala dan cendol, serta menghidangkan saya makanan tempatan yang begitu enak.”

Gx04Wpzaqaazk5S

Menjegah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengucapkan tahniah kepada Khairul Aming dan tumpang gembira dengan pencapaiannya ini.

Ka Nz Ka Nz 2 Ka Nz 3

Ini barulah influencer sejati.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.