in

Khairul Aming Minta Maaf Terpaksa Cancel Video 30 Hari Sahur Gara-gara Simptom Long Covid

collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali puasa, memang ramai yang tak sabar nak tengok video 30 Hari 30 Resepi dari Khairul Aming kan? Lebih teruja, baru-baru ni anak jati Kelantan ini telah mengumumkan yang dia akan buat juga 30 resipi sahur dan live video setiap hari.

Pengumuman tersebut rata-ratanya memang buat peminat-peminat tegar resipi Khairul Aming ni seronoklah kan? Malah semua video-videonya sejak mula puasa haritu memang dapat sambutan hangatlah.


https://www.instagram.com/p/CbzOyUSgi-N/

Bagi peminat-peminat Khairul Aming yang mengikutinya secara rapat, mesti korang tahu seminggu sebelum puasa haritu, personaliti media sosial ini telah dijangkiti Covid-19.

Ekoran ini, menerusi Twitter peribadi, Khairul Aming memberitahu yang dia tak sangka kesan dari jangkitan Covid-19 ini telah mengganggu banyak perancangannya.

Ekoran ini, Khairul Aming telah membuat keputusan untuk hentikan video sahur dan hanya fokus kepada video berbuka dan live.

Aku taknak push diri dalam badan tak sihat utk deliver video kalau aku sendiri tak enjoy buat benda tu. Due to this reason aku akan stop dahulu video sahur and focus pada video berbuka and live sahaja.”

Khairul Aming turut meminta maaf kepada pengikutnya kerana tidak berjaya melaksanakan apa yang dirancangnya serta turut memastikan siri Ramadan 30 Hari 30 Resepi berjalan seperti biasa.

Covid ni nampak mcm demam biasa guys tapi symptom dia tak best. Please jaga diri and take care okay. Love you guys and tq so much sbb support dari tahun pertama sampai ke tahun kelima ni. Can’t wait to show you guys video ramadan yg kita dh shoot selama ni.”

Apa-apa pun kita doakan Khairul Aming cepat sembuh. Kesian, memang betul muka dia nampak penat betul dalam video.

 

Baca: “Takde skrip pun!” – Ramai ‘Amazed’ Tengok Proses Khairul Aming Buat ‘Voice Over’ Video Memasak

page khairul aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.