in

Khabib Kongsi Gambar Depan KLCC Di Instagram, Tapi Netizen Indonesia Pula Yang Banjiri Ruangan Komen

Khabib Klcc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, petinju terhandal dan popular di dunia iaitu Khabib Nurmagomedov telah melawat Malaysia bersempena dengan program Faith Events di Kuala Lumpur.

Kebanyakan pelancong-pelancong luar negara lain yang datang bercuti di KL sudah tentu akan melawat Menara Berkembar Petronas atau KLCC.


Nampaknya Khabib juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan menara ikonik itu kerana dia juga telah berkongsi gambarnya di hadapan KLCC menerusi Instagram miliknya.

Namun, apa yang menjadi perhatian ialah netizen Indonesia pula yang membanjiri ruangan komen gambar KLCC yang dikongsikan oleh Khabib itu.

9 1

Artikel berkaitan: “Level taqwa yang rare” – Netizen Puji Sikap Khabib, Tak Mahu Perlawanan Disponsor Laman Judi

Artikel berkaitan: “Keluarga diutamakan” – Khabib Umum Persaraan, Ingin Teman Ibu di Kampung

Meninjau ke ruangan komen, ada warganet Indonesia yang bertanya mengapa Khabib tidak memuat naik gambar di Indonesia juga sedangkan Khabib telah ke negara seberang itu sebelum ke Kuala Lumpur.

Whatsapp Image 2024 10 06 At 2.25.12 Pm  Whatsapp Image 2024 10 06 At 2.25.12 Pm 1

Selain itu, ada juga warganet Indonesia yang turut meninggalkan komen bahawa batik berasal dari Indonesia meskipun komen itu tidak berkait dengan gambar yang dikongsikan oleh Khabib.

Whatsapp Image 2024 10 06 At 2.25.12 Pm 2

Sumber: Instagram khabib_nurmagomedov 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.