in

KFC Jawab Dakwaan Tutup Lebih 100 Cawangan, Bakal Pindah Pekerja Terjejas Ke Tempat Lain

Kfc Ditutup 108 Cawangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari ini, tular mengenai dakwaan lebih 100 cawangan restoran KFC dikatakan telah ditutup selepas diboikot selama setahun setengah ini.


Menjawab dakwaan tersebut, QSR Brands (M) Holding Sdn Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia berkata, mereka telah mengambil langkah proaktif dengan menutup sejumlah kedai buat sementara waktu untuk menguruskan peningkatan kos perniagaan dan memberi tumpuan kepada zon perdagangan yang mempunyai pembabitan tinggi, sebagai tindak balas kepada keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Kfc 1714434081

Artikel berkaitan: “Jangan ekstrem & melampau” – Menteri Agama Tegur Isu Ugut Individu Yang Tak Boikot

Artikel berkaitan: Peniaga Bazar Dakwa Kos Bahan Mentah Mahal Punca Harga Juadah Naik, Netizen Kata Nak Boikot

Menurut QSR lagi, walau bagaimanapun, pekerja di kedai yang terjejas (ditutup) sudah ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan lain, sebagai sebahagian daripada strategi taktikal mengoptimumkan sumber dalam zon perdagangan dengan keterlibatan pelanggan yang lebih tinggi.

Keutamaan organisasi ini juga kini adalah untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat Malaysia, mengekalkan kecintaan jenama terhadap KFC dan melindungi pekerja.

Pekerja dari cawangan yang terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke kedai operasi yang lebih sibuk sebagai sebahagian daripada usaha pengoptimuman semula syarikat,” katanya.

Sebagai sebuah syarikat yang telah berkhidmat kepada Malaysia selama lebih 50 tahun, tumpuan QSR Brands kini kekal kepada penyediaan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Tougocngjscf58Cuqwp147Pgsxh0Jremsaudtso2

Organisasi itu juga katanya menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 ahli pasukan di Malaysia, yang mana, kira-kira 85 peratus adalah Muslim.

QSR Brands terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

“Kami amat percaya rakyat Malaysia akan mengiktiraf asal usul kami, keikhlasan kami dan kerja keras kami dalam menyumbang kepada ekosistem Malaysia,” katanya lagi.

Terdahulu, Nanyang Siang Pau ada melaporkan bahawa sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup sementara di seluruh Malaysia pada petang 27 April lalu, menerusi informasi yang diperoleh daripada Google Maps.

Ia dikatakan berikutan gerakan boikot yang bukan sahaja memberi impak kepada KFC, tetapi jenama lain seperti Starbucks dan McDonald’s susulan kaitannya dengan sokongan terhadap Israel.

Menurut laporan itu lagi, Kelantan antara negeri yang paling banyak cawangan KFC terjejas iaitu sebanyak 80% atau 21 cawangan yang ditutup buat sementara waktu, diikuti dengan Johor sebanyak 15 cawangan.

Sumber: The Edge, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.