in

“Ketupat Cina versi halal” – Mekyun Kongsi Cara Buat Kuih ‘Bakchang’

Mekyun 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia yang meriah dengan pelbagai jenis bangsa, pastinya mempunyai tradisi dan keunikan kaum masing-masing. Lebih-lebih lagi bila tiba musim perayaan, setiap kaum akan menghidangkan pelbagai jenis makanan yang sedap dan unik.

Terbaharu, seorang influencer berbangsa Cina iaitu Mekyun yang seringkali berkongsi keunikan bangsanya di media sosial, menunjukkan cara-cara untuk membuat salah satu kuih tradisional Cina iaitu ‘Bakchang’.


‘Bakchang’ sama dengan ketupat Cina?

Hantaran yang dimuat naik oleh Mekyun di TikTok @mekyunnnn, dia bersama ibunya membuat kuih ‘Bakchang’ yang dibalut menggunakan daun pokok buluh. Rupa kuih tersebut tidaklah sama seperti ketupat tetapi Mekyun berkata ia dipanggil ‘Ketupat Cina’.

Kuih ini dipanggil ‘Bakchang’ atau Ketupat Cina, kuih tradisional kaum Cina.

Mekyun 1
Sumber: tiktok
Mekyun 3
Sumber: tiktok

Ibu Mekyun bagaimanapun telah menyediakan beberapa bahan dan pada asalnya, kuih itu diisi dengan inti daging khinzir namun pada hari tersebut, mereka menggunakan inti ayam.

Mak pakai ayam untuk Bakchang versi halal. Biasanya orang Cina guna daging khinzir. Tapi kali ini kami buat halal version untuk semua orang makan.

Artikel berkaitan: “Memang ikon perpaduan!” – Mekyun Beri Limau Di Setiap Tempat Ibadah Sempena Tahun Baru Cina

Artikel berkaitan: “Tabik pengurusan surau” – Netizen Kagum Tengok Mekyun Sekeluarga Dapat Sambut Raya Di Surau

Antara bahan yang diletakkan adalah beras pulut yang sudah dicampur dengan beberapa bahan, inti ayam, cendawan, buah berangan, telur masin dan diletakkan semula beras pulut. Kemudian, kuih tersebut dibalut dalam bentuk piramid dan diikat menggunakan tali rafia sebelum ianya direbus.

@mekyunnnn

Korang pernah nampak tak kuih Bakchang ni? 🙆🏻‍♀️ Haa now you know kisah Backhang and kenapa ramai orang Cina tengah buat/jual Bakchang sekarang ni hehe 😋😬 #fyp

♬ Tian Mimi Instrumental (Female Keys) – CzIndie

Untuk mengenang jasa pahlawan Cina

Tambah Mekyun, kuih tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri apabila seorang pahlawan Cina yang bernama Qu Yuan telah difitnah atas tuduhan palsu dan dibuang negara. Selepas itu, pahlawan tersebut telah mengakhiri hidupnya dengan melompat ke dalam sungai.

Jadi, dipercayai kuih ‘Bakchang’ ni dilemparkan ke dalam sungai oleh rakyat sekitar untuk menyelamatkan mayat beliau daripada dimakan oleh makhluk-makhluk atau ikan.

Oleh itu, kuih ‘Bakchang’ diraikan oleh masyarakat Cina bagi mengenang jasa beliau sebagai seorang pahlawan pada zaman tersebut.

Nampak sedap bakchang yang Mekyun buat!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.