Memasuki musim Monsun Timur Laut, beberapa daerah di negeri Pantai Timur kini dilanda banjir akibat hujan berterusan.
Menurut laporan, situasi banjir di Kelantan semakin membimbangkan yang mana sebahagian penduduk dalam lapan daerah di negeri ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Warga emas tinggal seorang diri tak sedar banjir
Tular di laman sosial TikTok, seorang warga emas yang tinggal seorang diri berjaya diselamatkan beberapa individu selepas tidak sedar air banjir semakin naik dalam kejadian di Ketereh, malam tadi.
Menurut pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nurul Shahira Shukry, katanya nenek terbabit tidak menyedari rumahnya sudah dimasuki air kerana sudah tidur sebelum didatangi beberapa individu yang mengejutnya untuk berpindah.
Artikel berkaitan: Tragedi Banjir Di Kelantan: Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Pegang Jerisi Besi
Artikel berkaitan: Dituduh Rosakkan Ekosistem, Ini Sebab Penduduk Korek Pasir Untuk Buat Laluan Air Ke Pantai
@nurulshahirashukry Membalas kepada @pakdoeallan kalu tak mampu nk tolong baik jaga jarimu. #fypシ゚viral #fyp
Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat seorang lelaki beberapa kali mengetuk pintu rumah dan perakam dalam kenderaan membunyikan hon supaya warga emas tersebut terjaga daripada tidur.
Turut kelihatan tempat tidur nenek itu sudah dikelilingi air selepas mereka berjaya mengejutkannya.
@nurulshahirashukry Membalas kepada @pakdoeallan kalu tak mampu nk tolong baik jaga jarimu. #fypシ゚viral #fyp
Mereka kemudian membawa nenek berpindah dan meminta untuk menutup suis utama agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Difahamkan, nenek berkenaan sudah lama tinggal seorang diri dan tiada orang tinggal berdekatan di kawasan rumahnya menyebabkan barang-barang dalam rumah lambat diselamatkan.
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian itu meluahkan rasa kasihan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu menyelamatkan nenek tersebut.
Sumber: TikTok