in

Ketua Polis Negara Sahkan Lans Koperal Alif Monjani Ditahan Tugas

Alif Monjani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, yang telah didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di ladang kelapa sawit bakal ditahan tugas.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, beliau menerima cadangan daripada Ketua Polis Perak untuk menahan kerja anggota polis terbabit.


“Pihak Bukit Aman menerima cadangan itu untuk menahan kerja anggota polis terbabit,” katanya menurut laporan Kosmo! Online.

Artikel berkaitan: Lans Koperal Alif Monjani Didakwa Bunuh Nur Farah Kartini, Berpunca Dari Perselisihan Hubungan

Artikel berkaitan: Abang Dakwa Suspek Bunuh Nur Farah Kartini Nampak Takut, Macam Ada Sorok Sesuatu 

 Alif Monjani.
Lans koperal alif monjani. Kredit gambar – berita harian

Sebelum ini, media melaporkan, Lans Koperal Muhammad Alif telah ditahan atas dakwaan membunuh Nur Farah di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu. Suspek telah ditahan pada 15 Julai.

Semalam, anggota polis tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes itu disebut di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Sumber: Kosmo! Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.