in

Ketua Pemuda PAS Marang Perjelas Tujuan Sebenar Berarak Bawa Alat Senjata Tajam

Ft Ketua Pemuda Pas Marang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhubung dengan tular video sekumpulan pemuda berpakaian seragam ala tentera di Terengganu baru-baru ini, Kontinjen Pemuda Pas kawasan Marang, Yusuf Abdul Hadi tampil memberikan keterangan mengenai tujuan dan maksud sebenar menggunakan pakaian tersebut dalam satu perarakan.

Katanya ia sempena hari Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 yang dijalankan pada Jumaat lalu dan replika itu adalah simbolik dalam mempamerkan kehebatan syiar Islam.


 

“Kami tiada niat untuk menimbulkan kegusaran mahupun provokasi, tujuan kami hanya mahu mempamerkan kepada generasi baharu tentang kehebatan Rasulullah SAW dan para sahabat yang telah membawa obor Islam sehingga sampai kepada kita hari ini.”

332090846 5837999236276900 3995549443544507352 N

332467642 641552824325339 646157990548339504 N

Dalam pada itu, menerusi Facebook miliknya, Yusuf  memberitahu, beberapa peserta pertandingan perarakan itu juga telah selesai memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu tersebut serta telah menyerahkan alatan yang digunakan ketika persembahan.

“Malam ini beberapa orang peserta perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 selesai memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung isu replika pedang dan pakaian perang zaman Rasulullah S.AW di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.”

332131597 589647953044200 6394816640305280570 N

332392128 516768660594072 7790642360965106284 N

“Dalam siasatan hari ini juga, kami dimaklumkan bahawa segala peralatan, kostum dan replika perlu diserahkan kepada pihak polis pada malam ini.”

Malah, beliau juga menzahirkan rasa kesal kepada sesetengah umat Islam yang cuba memperbesarkan isu ini dengan menjadikan ia sebagai satu perkara yang menjadi ancaman.

“Kami merasa sedih, replika dan kostum yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan kemegahan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W yang cintakan Islam, dipolemikkan menjadi satu ketakutan dan kegusaran, dan lebih sedih, ia dipolemikkan oleh umat Islam sendiri.”

Baca : Bekas MT UMNO Dakwa MB Terengganu Tengah Bercuti Di New Zealand Masa Negeri Dilanda Banjir?

Ft Mb Terengganu Bercuti Ke Nz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.