in

Ketua Hakim Negara Dakwa Terima Ugutan Bunuh Ketika Pengerusikan Panel Rayuan Najib Razak

tengku maimun ancaman bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, bekas Perdana Menteri Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara di atas kesalahan penyelewengan dana SRC International.

Disebabkan itu, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memberitahu terdapat ancaman bunuh terhadapnya dan tindakan menakut-nakutkan Badan Kehakiman dalam kes membabitkan tokoh politik tersebut.


Menurut Berita Harian, Tengku Maimun berkata komen-komen yang diberikan kepada kehakiman juga agak keterlaluan dan berat sebelah, selain tidak objektif dan berbaur politik.

cats 13

“Saya mengharapkan bahawa masyarakat di luar sana memahami struktur proses undang-undang di negara ini sebelum mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan ketidakfahaman mereka.

Fahami dulu, jika masih tidak faham bertanyalah kepada orang-orang yang faham dan tidak membuat kenyataan keterlaluan,” katanya.

Selain itu, Tengku Maimun turut mengingatkan hakim-hakim agar membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih, beliau turut menyatakan hakim juga perlu membuat keputusan penghakiman berdasarkan undang-undang dan bukan untuk mencari populariti.

Tengku Maimun dalam pada itu turut memberitahu tindakan bekas Perdana Menteri membawa kesnya ke Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah ‘terserah kepadanya’ kerana badan kehakiman Malaysia telah menjalankan tugasnya.

Sumber: BFM News

Baca: [TERKINI] Mahkamah Tolak Rayuan Kes SRC Najib, Sabitan & Hukuman Dikekalkan

Malaysia Politics Corruption 085717 2567502 20220816204607

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.