Baru-baru ini, sebuah kemalangan telah berlaku di kawasan laluan Terowong Menora, Perak yang melibatkan beberapa kenderaan.
Mangsa, Nur Fatihah Badrul Hisham dan anaknya berusia 2 tahun serta bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan telah meninggal dunia dalam kejadian tersebut.
Ketika kejadian, mangsa telah tercampak keluar dari kereta setelah kereta yang dinaikinya dan keluarga telah terbabas.
Lebih menyayat hati, setelah tercampak keluar ke atas jalan, sebuah kenderaan lain berwarna merah yang melalui kawasan tersebut pula telah terlanggar mangsa.
Pemandu berkenaan bagaimanapun dilihat tidak memberikan bantuan atau memperlahankan kenderaan selepas menggilis mangsa yang berada di laluan jalan setelah tercampak, lapor Sinar Harian.
Artikel berkaitan : Lagi Kemalangan Libatkan Treler Bawa Muatan Kontena, Mangsa Meraung Minta Tolong Dalam Kereta
Artikel berkaitan : Anak Gajah Maut Ketika Melintas Jalan, Dipercayai Dilanggar Treler
Kejadian itu sempat dirakam oleh rakaman kamera papan pemuka (dashcam) oleh kereta lain yang berada berdekatan kawasan kejadian.
Terkini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan pemandu kereta itu yang didakwa telah melanggar lari mangsa telah tampil memberi kenyataan berhubung kejadian tersebut di balai polis IPD Ipoh pada Jumaat.
Memetik laporan Harian Metro, pemandu kereta tersebut yang sebelum ini dikatakan terbabit kes langgar lari telah tampil membuat laporan polis dan keterangannya juga telah dirakam oleh pihak polis.
Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro