Ketegangan di antara India dan Pakistan nampaknya kian memuncak apabila tentera India didakwa telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas tiga lokasi di Pakistan dan wilayah Kashmir, pada Rabu.
Serangan tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya tiga nyawa dan mencetuskan tindak balas dari Islamabad.
Serangan itu juga didakwa dilancarkan sebagai tindak balas terhadap insiden berdarah pada 22 April lepas di Kashmir, India yang mengorbankan 20 orang.
Artikel berkaitan: Ed Sheeran Dipaksa Berhenti ‘Busking’ Di India, Polis Tiba-tiba Datang Rampas Mikrofon
Artikel berkaitan: “Tak boleh lari, di akhirat akan ditanya” – 5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas
India lancar Operasi Sindoor
New Delhi dalam satu kenyataan rasmi berkata, operasi yang dikenali sebagai ‘Operasi Sindoor’ itu hanya menyasarkan ‘infrastruktur pengganas’ dan bukannya kemudahan tentera Pakistan dengan alasan serangan tersebut bertujuan menghalang ancaman terhadap India.
Tindakan kami bersifat terancang dan tidak bertujuan untuk mencetuskan konflik yang lebih besar,” kata kenyataan tersebut.
Agensi berita Reuters melaporkan, tembakan artileri berat dan letupan kuat kedengaran di beberapa kawasan sempadan di Kashmir yang ditadbir Pakistan.
Beberapa kawasan termasuk Muzaffarabad, ibu kota Kashmir juga dilaporkan bergelap selepas serangan.
India has attacked Pakistan.
The city of Muzaffarabad is being bombed now.
This is an act of war – may Allah protect us all!
PS. I was scheduled to be in Muzaffarabad this week, but cancelled due to the hostilities and rising tensions two weeks ago.
Note: the video… pic.twitter.com/J9h7cXoGGy
— Dr. Yasir Qadhi (@YasirQadhi) May 6, 2025
Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengesahkan bahawa Islamabad sedang memberi respon terhadap serangan itu, namun tidak memperincikan langkah yang diambil.
Ketua Menteri Punjab pula mengisytiharkan darurat di wilayah berkenaan dan semua hospital berada dalam kesiapsiagaan tinggi.
Pakistan juga mendakwa India melancarkan peluru berpandu ke tiga kawasan awam termasuk dua buah masjid, menyebabkan tiga terbunuh dan 12 cedera.
Menteri Pertahanan Pakistan menegaskan bahawa semua lokasi yang diserang adalah kawasan awam dan bukannya kem militan.
Walau bagaimanapun, tentera India menyatakan di platform X bahawa ‘keadilan telah ditegakkan’ selepas operasi itu.
Susulan serangan berkenaan, Washington menyuarakan kebimbangannya dengan Presiden Trump menyifatkan konflik itu sebagai ‘memalukan’ dan berharap ia segera reda.
Sumber: Sinar Harian