in

“Kesiannya…” – [VIDEO] Satu Keluarga Kena ‘Sidai’ Tunggu Tetamu Tapi Tak Sampai-sampai Lebih 7 Jam

Page Makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini (31 Mei) merupakan 30 Syawal 1443H untuk kita bagi tahun 2022 sekaligus menandakan ianya hari terakhir bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Sambutan raya kali ini boleh dikatakan meriah dengan kepulangan sanak saudara dan juga kunjung-mengunjung turut dibenarkan. Tambah pula dengan raya yang ‘mengejut’, sememangnya kenangan beraya tahun ini akan diingati oleh orang ramai.


Walau bagaimanapun, baru-baru ini pemilik akaun TikTok @prncessyirat telah berkongsikan video keluarganya kena ‘sidai’ lebih dari 7 jam kerana menantikan ketibaan tetamu.

@prncessyirat

Datang ke tak pun tak tahu la berapa jam dah tunggu, i mati mati igt dorg dah balik ?

♬ original sound – PandaGuy – PandaGuy

Dari video yang dimuat naik itu, difahamkan segala makanan telah siap dihidang pada jam 1 petang namun sehingga 7 petang masih tiada kemunculan seorang tetamu pun ke rumah mereka.

“Dari pukul 1 tadi tunggu tetamu tak muncul2 sian my parents, sekarang dah 7 malam. Makanan semua dah hidang, kuih dan gula2 pun dah refill” – Luah pemilik akaun

“Mak kita yang masak sendiri semua ni”

Pemilik akaun ini memberitahu bahawa makanan yang terhidang itu merupakan masakan ibunya sendiri kerana dikhabarkan bilangan tetamu adalah keluarga mereka sendiri dari belah ayahnya.

Malah difahamkan juga, setakat jam 9 malam, hanya dua orang tetamu saja yang baru tiba dan demi untuk menyenangkan hati pemilik akaun ini, ramai bergurau dengan mengatakan mereka akan tiba ke rumahnya.

Tiktok Full 6

Tak kurang juga yang mengatakan bahawa tindakan sebegitu tidak seharusnya diikuti dan tetamu mereka sepatutnya memaklumkan kepada tuan rumah sekiranya tidak dapat hadir ke rumah demi  menjaga hubungan baik.

Hmm, min pulak yang sedih… Yelah, tak dapat nak pergi mana-mana open house tahun ni. Huhu…

Baca: “Allahu depan mata ibu” – Baru Lepas Hadir Majlis Raya Sekolah, Murid Tahun 4 Maut Masuk Bawah Treler

Untitled 3 13

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.