in

“Kesiannya dia” – Orang Awam Kecoh, Penyu Naik Sampai Jalan Raya Di Terengganu

Syaz Ft 2024 11 21T162339.268

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyu merupakan reptilia laut yang kini berada di ambang kepupusan, di Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksana, menyelia dan mengurus pelbagai program pemuliharaan di Malaysia sejak tahun 1990 hingga kini

Terbaru, tular sebuah video memaparkna seekor penyu agar sesat di atas jalan raya sebelum ditemui oleh orang awam di Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu.


Artikel berkaitan: Penyu Gergasi ‘Terdampar’Di Pantai Tanjung Pelindung Jadi Tumpuan Pengunjung

Artikel berkaitan: Mulai 18 November Ini, Tiada Lagi Khemah Biru di Pantai Port Dickson

Menurut laporan Kosmo!, kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam tadi, penyu betina terbabit dipercayai tersesat sewaktu mendarat di pantai peranginan itu.

Salah seorang pengunjung, Ahmad Zaril Zainuddin, berkongsi dia yang sedang bersiar-siar di pesisir pantai itu terkejut melihat seekor penyu merangkak menghala ke jalan raya.

“Kami segera mengerumuni penyu itu untuk membantunya kembali menghala ke laut.

Walaupun jarak dengan pesisir pantai tidak jauh cuma kira-kira 200 meter, ini kali pertama saya melihat seekor penyu boleh tersesat sehingga memasuki jalan besar,” katanya.

Difahamkan, kerana saiz reptilia itu yang besar dan berat, orang ramai tidak dapat mengangkatnya dan hanya dapat menghalang lalu lintas supaya penyu agar itu dapat kembali ke lautan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.