Apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni?
Satu kejadian sedih menimpa seorang kanak-kanak berusia 6 tahun apabila dia terpaksa menolak sendiri pengusung untuk pindahkan atuknya dari satu wad ke wad lain dek kerana tak mampu membayar upah kepada pegawai hospital.
Menurut The Times Of India, pegawai tersebut telah meminta upah sebanyak Rs30 bersamaan RM1.71 yang tak mampu dibayar keluarga miskin itu.
Kejadian tersebut kemudian viral di media sosial selepas video 8 saat kanak-kanak yang menolak katil pengusung atuknya itu dimuat naik di Twitter.
Kejadian yang berlaku di daerah Deoria, India tersebut kemudian mendapat perhatian majistret daerah tersebut yang meminta pihak hospital membuat siasatan. Sebaik siasatan dijalankan, pegawai berkenaan katanya telah dibuang.
Ibu budak berkenaan yang juga anak kepada lelaki yang sakit itu menjelaskan bahawa semasa kejadian tu berlaku, pegawai hospital berkenaan telah meminta upah sebanyak RM1.71 untuk setiap kali mengusung lelaki berkenaan ke wad lain untuk membasuh luka. Amboi melampau!
“Oleh kerana saya tidak memberi upah, mereka enggan menolak pengusung hingga saya terpaksa melakukannya dengan bantuan anak lelaki saya, Shivam,” katanya.
Mujurlah ada yang prihatin. Kalau tak, kesian budak tu dan ibunya….