in

“Kesiannya” – Bangkai Gajah Liar Ditemui, Dipercayai Lemas Akibat Banjir

Syaz Ft 2024 12 02T113740.670

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, sebahagian besar negara kita ini sedang dilanda banjir yang teruk, banyak rumah yang rosak serta ada yang terkorban.

Terbaru, bangkai seekor gajah liar ditemui terapung di Sungai Pahang berdekatan Kampung Pulau Mansok semalam dipercayai lemas akibat banjir.


Artikel berkaitan: Macam Air Kumbahan, Taman Fair Park Pertama Kali Dilanda Banjir Sejak 30 Tahun

Artikel berkaitan: Trak ATM Tergelincir Semasa Redah Banjir Tidak Libatkan Pelajar SPM

Rakaman video pendek itu memaparkan, gajah berkenaan terapung dibawa arus sungai dekat Kampung Pulau Mansuk sambil disaksikan beberapa nelayan sungai.

Menurut laporan Kosmo!, seorang nelayan sungai, Azman Yusoff berkata, dia yang menaiki bot untuk menjala ikan berdekatan tempat kejadian terkejut melihat bangkai gajah berkenaan terapung di sungai.

“Dalam jarak kira-kira 50 meter saya ternampak seakan-akan sebuah batu hitam besar timbul di permukaan sungai. Saya agak pelik melihat objek tersebut sedangkan ketika ini air sungai masih belum surut sepenuhnya,” katanya.

Dia berkongsi, ketika botnya merapati objek tersebut, dia terkejut melihat bangkai seekor bangkai gajah liar timbul dan tersangkut dengan kayu balak reput di tengah sungai.

Nelayan itu kemudiannya melepaskan bangkai gajah itu daripada tersangkut dan kemudiannya hanyut ke hilir dan kemungkinan haiwan liar itu lemas air banjir di ulu sungai.

Sumber: Kosmo!, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.