in

“Kesiannya anak dia” – [VIDEO] Netizen Bengang Tengok Aksi Bapa Cuba Pukul Anak Dengan Tukul

Featured Image 2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penderaan kanak-kanak adalah satu isu yang serius tidak kiralah negara manapun semua menentangnya. Namun dalam diam, masih ada lagi kanak-kanak yang terima nasib ini, paling sedih si pelaku tersebut adalah ibu bapa sendiri. Allahu…

Baru-baru ini, satu insiden ngeri yang berjaya dirakam melalui CCTV memaparkan seorang lelaki dipercayai cuba memukul seorang budak dipercayai anaknya dengan pemukul besi di dalam sebuah lif.


Besi 1

Kejadian ini difahamkan berlaku di Flat Sri Kristal Farlim, Ayer Itam, Pulau Pinang. Lelaki itu dilaporkan berada dalam keadaan mabuk dan tidak terurus sambil cuba menghayun penukul besi itu pada anaknya.

Klik sini untuk video.

Tindakan oleh lelaki ini telah mengundang kemarahan netizen, malah ada yang mengatakan dia turut memberi impak trauma pada kanak-kanak tersebut.

The poor child

Besi 2

Ni bukan si bapa, ni si si*l

Besi 3

Rasa sedih sangat tengok dia tahan…

Besi 4

Nampak sangat budak ni selalu…

Besi 5

Tapi korang jangan risau, menurut Sinar Harian, lelaki tersebut telah berjaya diberkas oleh polis.

Selepas siasatan dijalankan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengatakan yang lelaki dalam video tular ini mempunyai 5 rekod jenayah lampau

Mereka dikatakan terus bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan. Lelaki berusia 42 tahun itu kini ditahan di hadapan kawasan rumahnya dan anaknya yang berumur 8 tahun itu berjaya diselamatkan.

Ketika kejadian, suspek dan mangsa dari tingkat bawah ke tingkat 16 untuk pulang ke rumahnya. Menurut mangsa, mereka baru pulang dari kedai,”

Laporan polis dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut selepas menerima klip video kejadian itu dari adiknya.

Min memang cukup pantang orang yang dera kanak-kanak ni, kesian budak itu mesti dia akan trauma.

 

Baca: “Buat anak pandai” – Doktor Sahkan Bayi Yang Dibaling Dari Balkoni Tingkat 4 Alami Kecederaan Otak & Hati

Annotation 2020 07 10 153631

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.