in

“Kesian warung Azlee” – [VIDEO] Geng Senario Support Perniagaan Mazlan, Netizen Imbau Movie ‘Lagi-lagi Senario’

Ft Senario Lan Apek Yassin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang lahir pada tahun 80-an ke atas, pastinya akan teringat filem daripada kumpulan pelawak Senario seperti Senario The Movie, Senario Lagi dan Lagi-lagi Senario.


Waktu itu, filem-filem lakonan mereka ini merupakan antara filem kegemaran kita, namun begitu masa berlalu tetapi memori itu masih lagi segar dalam ingatan kita sebab membesar dengan lawak-lawak mereka.

Artikel Berkaitan : “Bunyi trumpet legend” – Pelawak Lagenda Mazlan Pet Pet Sambut Ulang Tahun RMS, Siap ‘Belanja’ Bunyi Trumpet

Artikel Berkaitan : “Nada melawak tak sangka memang betul” – Ahli Senario Akui Terkesan Kehilangan Hamdan

Baru-baru ini, tular satu video Saiful Apek dan Yassin mengunjungi gerai perniagaan Mazlan untuk menunjukkan sokongan mereka. Melihat mereka bersama mengendalikan jualan di gerai tersebut, ia membuatkan ramai netizen mengimbau filem lakonan mereka iaitu Lagi-lagi Senario.

Bagi mereka yang lupa, filem tersebut berkisarkan persaingan dua peniaga roti canai sampaikan ada yang menggunakan ‘taktik kotor’ untuk curi pekerja masing-masing. Mazlan dan Azlee memegang watak peniaga yang bersaing sementara Saiful Apek dan Yassin memegang watak pekerja Azlee yang disailang oleh Mazlan.

Kalau sesiapa ada Netflix boleh tonton balik filem ni.

Video ini membuatkan netizen berseloroh bahawa Yassin dan Saiful Apek ini seolah-olah tikam belakang Azlee.

Video tular di platform X yang telah meraih lebih daripada 1.9K jumlah perkongsian dalam masa sehari ini telah membuatkan ramai netizen rasa terhibur apabila melihatnya dan ada netizen yang mengusik bahawa Wahid kini sedang berada di dalam bilik air rumahnya untuk asah kemahiran membuat roti canai.

Mazlan Mazlan 2 Mazlan 3 Mazlan 4

Hahaha, komen-komen ni semua mungkin ada segelintir orang yang tak faham, kalau nak faham boleh tengok filem Lagi-lagi Senario.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.