in

“Kesian dato, betul-betul penat tu” – Netizen Kesian Tengok Riak Keletihan Dr Noor Hisham Dalam Sidang Media Semalam

Hisham2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada yang perhatikan lintas langsung sidang media berkenaan dengan kes harian Covid-19 daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, ada ketikanya  beliau terbatuk dan ia mendapat simpati netizen.

Menurut Berita Harian, rata-rata daripada sekitar 15,000 warganet yang mengikuti sidang media langsung di Facebook (FB) Kementerian Kesihatan (KKM) berdoa agar kesihatan Dr Noor Hisham terjaga.


 

Nampak letih

Hisham3

Ketika sidang media berlangsung, segelintir warganet melihat Dr Noor Hisham letih disebalik pakaian kemas sut lengkap dan pelitup muka berwarna hitam.

“Kesian dato (Dr Noor Hisham), betul-betul penat tu, besar sungguh pengorbanan dato dan semua barisan hadapan, terima kasih untuk semuanya. Semoga semua barisan hadapan dilindungi Allah SWT, korang memang terbaik.” – Facebook Hamizan Pajar.

“Diharap KKM buat giliran untuk DG (Dr Noor Hisham) semasa PC (sidang media dengan media. Kesian weh…tengok dato DG dah keletihan! Sama-sama kita berdoa agar Covid-19 ini reda.” – Facebook Md Noor Hussin.

“Penat dah sebut kita jaga kita…kesian TSDH.” – Facebook Mat US

 “Tengok muka DG penat, cian.” – Facebook Nona Karim

Ramai netizen yang menyanjungi beliau, bagi mereka Dr Noor Hisham adalah individu yang berul-betul menjawab soalan dan jawapan berguna.

Ada juga yang mengingatkan rakyat agar sentiasa duduk dirumah.’ Dalam sidang media itu, Dr Noor Hisham semalam berkata, jumlah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan 865 kes dan menjadikan angka keseluruhan sebanyak 21,363 kes.

 

Baca  : [TERKINI] Masih Tinggi! 865 Kes Positif Baru & Tambahan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hisham 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.