in

Kes Zayn Rayyan: Representasi Ditolak, Zaim Ikhwan & Ismanira Kini Diwakili Peguam Baru

zayn rayyan kes ibu bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini telah menolak representasi yang dikemukakan ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi menarik balik pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu.

Menurut Harian Metro, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan perkembangan itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh dalam prosiding, sebentar tadi.


Representasi sudah ditaklimatkan di AGC, representasi ditolak. Pihak pendakwaan memohon satu tarikh bagi serahan dokumen termasuk laporan forensik serta dua cakera padat (CD) berkaitan kes ini sebelum perbicaraan dimulakan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Semoga doaku menembus langit” – Ibu Zayn Rayyan Kembali Aktif Di Medsos, Beri Peringatan Kepada Pemfitnah

Artikel berkaitan: “Semak semula kes” – Zaim Ikhwan, Ismanira Mohon Pertuduhan Abai Zayn Rayyan Ditarik Balik

Ibu bapa Zayn Rayyan lantik peguam baru 

Dalam pada itu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf telah melantik dua peguam baru iaitu Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris bagi mewakili mereka dan akan meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan pertama.

Kami baharu sahaja mendapat arahan lantikan baharu ini daripada anak guam semalam, namun tiada alasan dinyatakan mengenai menukar peguam kepada kami,” kata Ramzani.

Haresh pula berkata, pembelaan telah meneliti semua dokumen dan anak guam telah menyatakan mahu membersihkan nama daripada kes terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AstroAWANI (@501awani)

Bagaimanapun, peguam yang mewakli pasangan ini meminta penangguhan tarikh hari pertama perbicaraan kes itu yang ditetapkan pada 21 hingga 24 Januari ini kerana terdapat kes sambung bicara untuk tertuduh lain di Negeri Sembilan.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 10 Januari sebagai tarikh serahan dokumen berkaitan manakala tarikh tambahan perbicaraan ditetapkan pada 10 hingga 14 Mac 2025.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.