in

Kes Zara Qairina: Pengetua, PK HEM & Warden Ditempatkan Di JPN Sabah

syaz ft 2025 08 13T102543.958

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengetua, penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM), dan semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, kata Kementerian Pendidikan.

Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan (KPM), langkah itu dibuat sehingga siasatan polis melibatkan kes kematian Zara Qairina Mahathir selesai.


Artikel berkaitan: “Hukum gapo aurat si m*ti dilihat doktor lelaki” –  Netizen Pertikai Sesi Bedah Siasat Adik Zara

Artikel berkaitan: JSJ Bukit Aman Hantar Pasukan Khas Ke Sabah Untuk Ambil Alih Kes Zara Qairina

“Keputusan ini diambil susulan pengumuman polis bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarhamah Zara Qairina.

Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini,” tulis kenyataan itu.

KPM dalam kenyataan itu juga memberi jaminan untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti, dan tuntas.

“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, kubur Zara Qairina digali semula dan jenazahnya dibedah siasat selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis menyiasat lanjut kematian remaja berusia 13 tahun itu.

Dalam pada itu, Bukit Aman sebelum ini mengumumkan akan mengambil alih siasatan kes berkenaan.

Sumber: Facebook, Sinar Harian

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.