Sekitar tahun lepas, usahawan Shuib mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial selepas menuduhnya ahli organisasi Freemason dan mendakwa sengaja membiarkan arwah Siti Sarah ditidurkan sebelum meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Setelah hampir lima bulan, Shuib memaklumkan kes saman itu sudah selesai dan memberitahu sedia memaafkan pelaku bernama John Dihani di hadapan Kompleks Mahkamah Shah Alam pagi tadi.
Artikel berkaitan: “Mula-mula minta maaf lepas tu…” – Tarik Balik Permohonan Maaf, Shuib Mahu Teruskan Saman Pemfitnah
Artikel berkaitan: Fitnah Shuib Terlibat Geng ‘F’, John Dihani Buat Permohonan Maaf Tapi…
“Alhamdulillah hari ini (Rabu) 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah Siti Sarah. Hampir 5 bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawab.
“Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal! Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional, saya maafkan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya,” tulisnya di Instagram.
View this post on Instagram
Menurut Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, saman tersebut ada bayaran yang dikenakan dan jumlah wang yang diterima akan disalurkan kepada tabung amal Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.
Menerusi video yang dikongsikan, John Dihani membaca kenyataan maaf dan fitnah sebaik saja selesai mencapai kata sepakat sebelum bersalaman dengan Shuib sebagai tanda berdamai.
Dalam pada itu, Shuib berharap kes sedemikian tidak akan berulang lagi pada masa hadapan selain dijadikan pengajaran oleh orang ramai.
“Saya doakan semoga awak dipermudahkan segala urusan dan semoga ini juga menjadi pengajaran pada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.
“Jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa. Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia,” tegurnya.
Terdahulu, seorang lagi pengguna media sosial yang melemparkan fitnah terhadapnya telah pun membuat permohonan maaf dalam satu sidang media.
Sumber: Instagram