in

Kes T*kam Pelajar: “Hati saya remuk. Minta maaf tak cukup” – Bapa Suspek

bapa suspek tikam pelajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, negara dikejutkan dengan insiden tragis membabitkan seorang pelajar perempuan 16 tahun yang dilaporkan ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Bapa kepada suspek remaja lelaki berusia 14 tahun menyatakan hatinya berasa hancur apabila mengetahui insiden itu dilakukan oleh anaknya.


Dalam satu temu bual dengan China Press, lelaki berusia 40 tahun itu berkata beliau tidak menyangka anaknya mampu melakukan sebarang keganasan.

Katanya, tiada apa yang boleh dia lakukan kerana dia sedar bahawa permohonan maaf kepada keluarga mangsa tidak cukup untuk menebus apa yang telah berlaku.

“Saya tahu apa sahaja yang saya katakan sekarang tidak memberi sebarang makna.

“Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan mengembalikan anak perempuan mereka. Saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mereka,” katanya.

565102091 17896072878329344 6841214404553394216 n 2

Artikel berkaitan: “Dia masuk tunjuk pisau” – Pelajar Kongsi Detik Cemas Kejadian T*kam Di Sekolah

Artikel berkaitan: Kes T*kam Di Sekolah: Suspek Dipercayai ‘Mengamuk’ Kerana Cinta Ditolak

Suspek seorang pendiam & introvert

Menurut bapa suspek, hari itu (hari kejadian) bermula seperti biasa, menghantar anaknya ke sekolah pada sebelah pagi. Katanya, anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda perlakuan yang luar biasa.

Menurutnya, walaupun prestasi akademik anaknya agak lemah dan mungkin tidak begitu memberi perhatian dalam kelas, dia secara umumnya bukan seorang yang suka membuat masalah.

Dia juga mendakwa anaknya itu tidak pernah memaklumkan mengenai mangsa sebelum ini dan kejadian itu memberi tamparan hebat buatnya.

“Anak saya seorang yang pendiam dan introvert. Walaupun ada sesuatu berlaku di sekolah – sama ada dia dibuli atau tidak – dia tidak akan memberitahu saya.

“Saya tahu berkata apa-apa sekarang sudah tidak berguna. Tiada apa yang boleh mengembalikan anak perempuan mereka,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis berhubung dakwaan kononnya suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.