Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah di Bandar Utama, Selangor didakwa berpunca selepas suspek ditolak cintanya oleh mangsa.
Difahamkan, malam sebelum kejadian, suspek dikatakan meluahkan perasaan kepada mangsa, tapi malangnya, gadis itu tak rasa benda yang sama.
Seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian berkenaan berkongsi detik cemas itu kepada New Straits Times.
Artikel berkaitan: KPM Tubuhkan Jawatankuasa Khas Untuk Siasatan Kes Pelajar Dit*kam
Artikel berkaitan: “Guru cuba bantu, namun terlambat kerana suspek” – Polis Kongsi Kejadian Semasa Insiden Pelajar Dit*kam
“Dia pegang pisau dan menahan mangsa sebagai tebusan di dalam tandas. Kemudian dia mula menikamnya berulang kali,” katanya yang enggan dikenali.
Menurut saksi, ketika kejadian itu, suspek bersenjatakan beberapa bilah senjata tajam dan mengepung mangsa di tandas perempuan sebelum bertindak menyerang dalam salah satu kubikel tandas.
“Guru itu segera bergegas ke tandas dan cuba menendang pintu tandas tersebut. Selepas beberapa kali cubaan, dia berjaya memecahkannya, tetapi budak lelaki itu melarikan diri dan mula mengejar pelajar lain sambil memegang pisau,” kata saksi.
Situasi bertukar panik apabila suspek dikatakan meluru masuk ke beberapa kelas Tingkatan Satu sambil masih memegang pisau yang berlumuran darah.
“Dia masuk ke dalam kelas dan semua orang mula menjerit serta berlari keluar. Baju dia penuh dengan darah,” kata pelajar itu lagi.
Kekecohan itu bagaimanapun tidak berlarutan apabila abang suspek dan beberapa guru berjaya menahan serta merampas pisau daripada tangannya.
“Abangnya berjaya merampas pisau selepas bergelut dengannya. Guru-guru pula cuba menenangkannya.
Kami diberitahu bahawa dia meluahkan perasaan kepada mangsa malam sebelumnya dan marah apabila mangsa tidak mempunyai perasaan yang sama,” ujarnya lagi.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan hal tersebut antara sudut siasatan utama.
Sumber: New Straits Times