Berhubung dengan kekecohan yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Setia Alam baru-baru ini, pihak polis telah menjalankan siasatan dan mendapati suspek yang melepaskan tembakan itu dipercayai bengang dengan pekerja pembersihan. Ia dipercayai berlaku susulan teguran oleh pekrja terbabit yang meminta supaya mengaalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika kejadian suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu juga disyaki berada di bawah pengaruh dadah.
Artikel berkaitan : PDRM Tembak Mati Tiga Penjenayah Aktif Dalam Kegiatan Curi Kereta Dan Samun
Artikel berkaitan : Polis Perketat Keselamatan Di Lokasi Tumpuan Ramai Di Seluruh Negara Susulan Kes Temb*k di Setia Alam
Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa motif sebenar masih belum dikenal pasti. Jelasnya lagi, siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan oleh pihak polis Selangor dengan bantuan Bukit Aman dan beliau yakin kes berkenaan dapat selesaikan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan hari ini dilaporkan berkata suspek yang sedang diburu merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 30-an, berkulit cerah dan mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Untuk rekod, seorang pekerja pembersihan mengalami kecederaan dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada jam 10.50 malam semalam.
Sumber : Harian Metro