in

Kes Tembak Menembak di Hadapan Sekolah, Pemandu BMW Parah Kena 4 Das Tembakan Pada Dada, Tangan dan Kaki

tembak e1659243832380

Gempar! Satu kes tembak menembak dilaporkan berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok, Banting hari ini tengah hari tadi.

Menurut Harian Metro, berikutan kejadian tersebut, seorang lelaki cedera parah di beberapa bahagian badan kesan daripada kemalangan dan ditembak suspek.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1692735114237525

Sumber berkata, kemalangan itu juga membabitkan sebuah kereta jenis BMW dan sebuah Proton Wira.

“Pemandu BMW dijumpai tersepit dalam kenderaan dengan empat das tembakan di bahagian dada, tangan dan kaki.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Dalam pada itu, menurut Bernama TV, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat telah mengesahkan bahawa 2 lelaki menaiki BMW tersebut telah ditembak dua suspek bermotosikal. 

Tiga orang pelajar juga dilaporkan cedera dan beberapa kenderaan rosak akibat dirempuh kenderaan mangsa ketika cuba melarikan diri.

https://www.facebook.com/BernamaTV/posts/3597279436958921

Tambah polis lagi, suspek sedang dikenalpasi dan motif kejadian dipercayai pergaduhan antara dua kumpulan.

Aduh apa nak jadi ni? Bahaya betul lah sekarang! 

Baca: “Nak kurang ajar dengan orang tua pun takut, inikan nk rompak bank” – Kes Remaja 19 Tahun Rompak Bank, Abang Buka Mulut

rompak 1