in

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Tahan Suspek Lelaki Untuk Bantu Siasatan

Faisal Halim Polis Tahan Suspek Asid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya di Kota Damansara semalam (5 Mei), polis difahamkan telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, suspek telah diberkas di Pandan Indah, Ampang.


Polis

Kita ada menangkap seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an. Siasatan masih dijalankan untuk ketahui motif kejadian.

“Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya.

Lelaki itu menurutnya akan direman hari ini untuk membantu siasatan kes tersebut,

Beberapa saksi juga akan dipanggil hari ini bagi memberi keterangan bagi membantu siasatan tersebut.

Artikel berkaitan: Pelaku Simbah Asid Sempat Ucap ‘Good Luck’, Cuba Sasar Muka Faisal Halim

Artikel berkaitan: Faisal Halim Cedera, Dipercayai Kena Simbah Asid

Semalam, Hussein juga mengesahkan pihaknya ada menerima panggilan mengenai pemain kebangsaan telah diserang dengan disimbah cecair kimia disyaki asid semasa berada di sebuah pusat beli-belah dekat Kota Damansara, Petaling Jaya.

2638842

Pihak polis kemudian telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja memyebabkan cedera parah.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

“Pemain itu mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaan dilaporkan stabil,” katanya.

Kita doakan semoga pelaku cepat tertangkap dan keadilan dapat diberikan sewajarnya buat Faisal Halim. 

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.