Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan bahawa pemandu Honda Jazz yang merempuh kereta yang dipandu penuntut Universiti Zainal Abidin (UniSZA) sehingga maut mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Sulatanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu.
Beliau berkata, lelaki yang berusia 32 tahun itu menghidap Major Depression Disorder (MDD) dan telah mendapatkan rawatan sejak Januari tahun lalu.
Artikel berkaitan : “Kenapa kereta tu langg*r teacher” – Rapat Dengan Arwah Guru, Murid Menangis Dapat Tahu Meninggal Dunia
Artikel berkaitan : Bumbung Sebuah Stesen Minyak Runtuh Akibat Dilanggar Treler
Baru lepas curi wang
Menurut Azli, suspek yang mengalami kecederaan patah tangan kanan serta luka ringan di beberapa bahagian badan selepas kemalangan berkenaan dan dia kini masih menerima rawatan di HSNZ.
Beliau turut sangkal dakwaan yang mengatakan kereta yang dipandu oleh pelaku itu merupakan kereta curi. Sebaliknya, ia adalah kenderaan milik adiknya yang digunakan selepas mencuri wang.
“Kenderaan Honda Jazz dipandu lelaki itu adalah milik adiknya sendiri dan bukannya kenderaan curi seperti yang ditularkan di media sosial.”
“Sebelum kejadian lelaki terbabit sempat menceroboh masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda City yang diparkir di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.”
“Dia ada mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai sebanyak RM200 milik pemilik kenderaan berkenaan. Lelaki itu juga seterusnya masuk semula ke dalam Honda Jazz dan memecut kenderaan itu sebelum berlaku kemalangan di Jalan Kemajuan.”

Di samping itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih berkaitan insiden berkenaan.
Azli menambah, lelaki itu bakal ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(10 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Isnin lalu, mangsa rempuhan yang dikenali sebagai Syakirah Hanan Mazli, 25 dilaporkan meninggal dunia selepas kereta jenis Perodua Viva dipandunya itu telah dirempuh oleh Honda Jazz semasa melalui simpang empat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu pada jam 1.38 tengah hari.

Arwah merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi menguruskan berkaitan latihan mengajar yang dijadualkan bermula Mac ini.
Jenazah penuntut UniSZA itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Kuala Bedah sekitar jam 12.30 malam tadi.
Sumber : mStar Online
