in

Kes Pegawai Polis Didakwa Bunuh Pelajar Sekolah Dipindah ke Mahkamah Tinggi

Untitled Design 2024 03 21T120454.688

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun lepas, kita digemparkan dengan berita kematian seorang pelajar sekolah di mana dia telah dilanggar oleh seorang individu yang didakwa seorang pegawai polis.

Hari ini merupakan sebutan semula kes tersebut di Mahkamah Majistret Ipoh dan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.


Artikel berkaitan: Kepala & Muka Ditutup, Pegawai Polis Langgar Pelajar Dikawal Ketat PDRM

Artikel berkaitan: “Itu prosedur biasa” –  Polis Jawab Dakwaan Wujud Layanan ‘Double Standard’ Kes Pegawai Langgar Pelajar

Menurut laporan Sinar Harian, Majistret S Punitha memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz untuk kes terhadap Mohd Nazri Abdul Razak.

553 1

Difahamkan, permohonan memindahkan kes dilakukan mengikut Seksyen 177A(1) Kanun Prosedur Jenayah. Pun begitu, tarikh bagi sebutan sebutan kes di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Sebagai info, pada 18 Disember 2023, tertuduh, Mohd Nazri yang bertugas sebagai Pegawai Turus Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Kedah didakwa menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang berusia 17.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh kira-kira jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari pada 15 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun hingga 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.