in

Kes Pegawai Bank Maut Ditembak, Suspek Bebas Hukuman Gantung

ft tembak pegawai bank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda masih ingat pada tahun 2013, hangat sebuah kes melibatkan seorang pengawal keselamatan yang telah menembak mati seorang pegawai bank yang sedang mengendalikan mesin ATM. Pelaku ditangkap dan mahkamah menetapkan hukuman gantung sampai mati terhadap suspek.

Namun begitu, Kosmo! melaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan Johor Bahru hari ini telah mengetepikan hukuman gantung terhadap suspek warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila, 47, atas pertuduhan membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya itu.


Artikel berkaitan : Lelaki Tergamak Bunuh Isteri Guna Ular Tedung, Taknak Bercerai Sebab Kena Pulang Duit Hantaran

Artikel berkaitan : Mahkamah Tolak Permohonan, Pembunuh Dirang Kekal Ke Tali Gantung

Screenshot 2024 07 15 153944

Keputusan itu dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.

Hukum yang dijatuhkan kepada La Ode dipinda ke penjara 38 tahun beserta 12 sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dia yang berasal dari Sulawesi, Indonesia itu turut dijatuhkan hukuman penjara 33 tahun beserta 12 sebatan bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Menurut sumber, kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 10 November 2013.

WhatsApp Image 2024 07 15 at 12.36.27 PM

Untuk rekod, dia didakwa kerana membunuh mangsa, Norazita Abu Talib yang pada ketika itu berusia 37 tahun, dalam bangunan AmBank di alamat Nombor 5 dan 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya  antara pukul 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Oktober 2013.

La Ode kemudian dilaporkan meminta rakan sekerja mangsa untuk mengisi wang bernilai kira-kira RM500,000 ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, S. Selvi.

Pada 29 Februari 2016, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya telah mengekalkan hukuman gantung terhadap tertuduh selepas panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif.

Keputusan itu dibuat selepas panel hakim sebulat suara menolak rayuan La Ode kerana berpuas hati terdapat bukti mencukupi bagi mengekalkan Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

La Ode difahamkan telah menetap di Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan mencari kerja di Malaysia sebelum menjadi seorang pengawal keselamatan pada tahun 2012.

Sumber : Kosmo!

Sumber: MalayMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.