in

Kes Nur Farah Kartini: Polis Sahkan Suspek Sudah Berkhidmat 5 Tahun Dalam PDRM

Syaz Ft 2024 07 16T144452.885

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini gempar tentang kes pembunuhan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu, penahanan seorang penjawat awam telah dilakukan bagi membantu siasatan serta tahanan reman.


Suspek yang ditahan berhubung penemuan mangsa di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor itu merupakan seorang anggota polis.

Artikel berkaitan: Rakan Baik Nafi Nur Farah Kartini Hilang Ikut BF, Minta Netizen Henti Timbulkan Spekulasi

Artikel berkaitan: Penyampai Berita Rupanya Rakan Arwah Nur Farah, Tahan Sebak Ketika Baca Berita Penemuan Mayat Sahabat

Cats 11

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata suspek berusia 26 tahun itu adalah anggota berpangkat Lans Koperal di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim.

Kes ini pada mulanya disiasat oleh Kontinjen Perak di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang, kini diserahkan kepada Polis Kontinjen Selangor.

“Saya sahkan subjek yang melakukan kes ini adalah seorang anggota dari Balai Polis Slim River dan beliau (subjek) sudah menunjukkan tempat lokasi kejadian (penemuan mayat).

Apabila disemak tempat berlaku kejadian di negeri Selangor, jadi kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka oleh Kontinjen Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji tindakan Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir yang disifatkan proaktif dalam tindakan terhadap KEP Orang Hilang membabitkan wanita itu termasuk membuat hebahan mencari orang hilang di media massa dan media sosial.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.