Datuk Seri Najib Razak menyamakan kes mahkamahnya yang sedang berterusan ini dengan pendidikan intensif dalam undang-undang, malah bekas Perdana Menteri itu mendakwa apa yang dihadapinya itu boleh menyaingi ijazah universiti.
Difahamkan, bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan berbilion-bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini.
Artikel berkaitan: “Sel dia special” – Dipenjara 4 Bulan, Bekas Banduan Kongsi Jumpa Najib Razak & PU Azman
Artikel berkaitan: Peguam Jangka Najib Akan Dikeluarkan Dari Penjara Dalam Masa Sebulan
“Enam tahun ini lebih daripada pendidikan universiti! Pada ketika ini, saya rasa saya boleh mengajar kursus bukan sahaja undang-undang jenayah, tetapi juga undang-undang sivil dan juga bagaimana undang-undang percukaian boleh disalahgunakan.
Ia merupakan pengalaman pembelajaran yang intensif dan praktikal, walaupun saya tidak akan mengesyorkannya kepada sesiapa,” sindirnya di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Dalam pada itu, bekas ahli parlimen Pekan itu merayu agar Hakim mengadili kesnya itu dengan sebaik mungkin dan jangan membiarkan sistem keadilan ini menjadi salah satu permainan politik.
Sebagai info, Najib menghadapi empat pertuduhan salah guna kuasa untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Sumber: New Straits Times