in

Kes Hadanah Interim Selesai, Fatin Afeefa Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak Perempuan

Ft Fatin Afeefa Kes Hadanah Selesai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa memberi hak penjagaan sementara anak perempuan pelakon Fatin Afeefa kepada dirinya pada awal pagi Selasa.

Menurut posting yang dibuat melalui Insta Stories pelakon berusia 29 tahun berkenaan, dia bersyukur dengan keputusan yang dibuat mahkamah.


Pun begitu, Fatin menjelaskan kes yang selesai merupakan kes interim dan kes induk hadanah antara dia dan bekas suami, Adam Shahz masih lagi berjalan.

Screenshot 2023 08 15 165926 Horz

“Alhamdulillah, kes hadanah interim selesai. Kes induk hadanah masih berjalan”

Dalam muat naik yang sama, Fatin juga bersyukur dengan keputusan mahkamah dan berjanji akan menjaga anak perempuannya, Ivy Herra Sophia dengan baik sehingga kes induk selesai.

Fatin 3 1 750X500 1

Terdahulu, Fatin Afeefa pernah memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya untuk mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka menurut laporan Kosmo.

Namun, pelakon berkenaan akhirnya sudi membuat pindaan terhadap tuntutan berkenaan dengan memberi keizinan kepada Adam untuk bertemu dan meluangkan masa dengan Ivy semasa cuti sekolah.

Whatsapp Image 2022 11 01 At 12.18.06 Pm

Fatin Afeefa atau nama sebenarnya, Fatin Afifah Shamsudin pernah mendirikan rumah tangga bersama Adam Shaz pada Disember 2013, mereka kemudian membuat keputusan untuk berpisah pada Mei 2017.

Baca : “Dah serah notis tapi tak datang” – JPJ Minta Bantuan Polis Kesan Suami Fatin Afeefa

Polis Cari Opai

Sumber: Instagram
Sumber: Kosmo
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.