Semalam, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu sedang berzikir dalam cara yang mencurigakan di kawasan tanah perkuburan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di kawasan kubur orang Islam di Setapak, Kuala Lumpur dan ia sempat dirakam dari jauh oleh orang awam.
Memetik laporan Buletin TV3, pihak polis mengesahkan pihak mereka telah menerima laporan pada pagi ini berkaitan dengan video sekumpulan individu yang berzikir di kubur itu.
@bernamatvofficial TULAR ZIARAH KUBUR TAMAN IBU KOTA Tular sebuah video dikongsi warga maya menunjukkan amalan ziarah kubur yang didakwa warga maya agak berlainan oleh sekumpulan individu di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Untuk perincian lebih jelas, nantikan perkembangan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kredit Video : Rizuwan Rosly #digitalbernamatv #tular #ziarahkubur #raudhatulsakinah #tamanibukota #jawi
Artikel berkaitan : “Jangan lari landasan” – Pablo Amirul Pernah Terjerumus Dalam Ajaran Sesat, Kini Lebih Fokus Ibadah
Artikel Berkaitan: Wanita Mengaku Sebar Ajaran Sesat ‘Cahaya’, Dakwa Bukan Mahram Boleh Berpelukan
Difahamkan, menurut pihak polis, untuk tindakan dan siasatan selanjutnya, kes tersebut akan dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Video yang tular itu pada mulanya dimuat naik di Facebook kerana menurut pemilik akaun yang memuat naik video berkenaan, dia risau melihat aktiviti itu kerana risau jika ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Namun, video tersebut telah pun dipadam dan menurut pemilik akaun itu, dia memadamkan video itu kerana telah pun membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat tentang aktiviti berzikir di tanah perkuburan itu.
Sumber: Buletin TV3