in

Kes Dera Anjing Husky: Pemilik Didakwa Figura Terkenal, Penyelamat Dituduh Menculik?

Dera Anjing Husky Pemilik Figura Terkenal

Beberapa hari lalu, tular rakaman seorang lelaki mendera seekor anjing peliharaannya berbaka Husky dalam kediamannya.

Mujur, anjing terbabit telah pun diselamatkan oleh aktivis haiwan, Shima Aris yang memberanikan diri bertemu dengan pemilik anjing tersebut sebelum dibawa ke sebuah klinik haiwan.

Menurut Shima, pemilik mendakwa memukul anjing tersebut kerana kencing merata-rata dan sukan merosakkan perabot di rumah.

“Dia tahu video (pukul anjing) dah tular. Anjing baka Husky memang jenis playful macam baby tapi saya tanya dia, apa salah anjing tu?

“Dia jawab dia pukul sebab anjing tu kencing merata-rata dan suka rosakkan perabot di rumah,” ujar Shima.

Artikel berkaitan: Tular Didera Teruk Oleh Tuan Sendiri, Anjing Husky Telah Berjaya Diselamatkan

Screenshot 2024 07 04 110554

“Anjing itu trauma”

Mengulas lanjut, Shima menyatakan anjing itu dilihat sangat trauma dan berada dalam ketakutan.

“Saya tak berhajat nak ambil anjing tu, saya datang cuma nak tahu anjing tu masih hidup atau tidak. Sebab itu saya datang bersama doktor veterinar.

“Anjing itu diperiksa di luar rumah dan doktor mendapati tiada cedera pada fizikal, tapi anjing tu memang sangat trauma. Anjing tu dalam keadaan takut.

“Pemilik serah anjingnya di luar rumah dengan rela hati, mungkin sebab dah kantoi. Bukan saya yang culik, saya terima pun sebab kalau dibiarkan lama, risau anjing tu mati,” jelasnya.

Shima dalam pada itu tidak menyangka pemilik anjing baru berusia lingkungan 20-an dan mendakwa dia adalah seorang figura yang dikenali dalam bidang sukan.

Difahamkan, anjing Husky yang dinamakan sebagai Kitster itu sedang berada dalam jagaan baik di sebuah klinik haiwan untuk rawatan dan pemulihan.

Walau bagaimanapun, pihak kami tidak dapat pastikan sama ada benar atau tidak figura berkenaan terlibat dalam perbuatan tersebut. Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkaitan.

Sumber: mStar