in

Kes Cuci Duit Haram: ‘Datuk Seri’ Panjat Pagar Bangunan SPRM Larikan Diri, Kini Diburu

datuk lari

Suspek utama sindiket pengubahan wang haram kini diburu pihak polis selepas melarikan diri sebaik saja dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kelmarin.

Menurut Harian Metro, lelaki bergelar Datuk Seri itu sepatutnya turut ditahan polis untuk membantu siasatan kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

“Suspek difahamkan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri. Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit.”

cuci1

Pihak polis kini sedang giat menjalankan pencarian bagi mengesan suspek yang menghilangkan diri itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis akan menahan semula tiga individu yang ditahan berhubung kes panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam.

Terdahulu, seorang lelaki dan dua anggota polis telah direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram. Difahamkan, kelmarin polis telah menahan mereka bertiga semula selepas dibebaskan SPRM.

macau

Mahkamah dilaporkan menolak permohonan untuk mendapatkan reman itu namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perjudian di Cheras.

“Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjudian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.”

“Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan.”

Baca: Kes ‘Cuci’ Duit Haram Babitkan Artis, SPRM Jumpa Wang Tunai RM100,000 Di Rumah Pegawai Polis

aa 7

Sumber: Harian Metro